Sunday, 5 February 2012

Salam Maulidur Rasul

Assalamualaikum....

Alhamdulillah masih dipanjangkan umur untuk bertemu dengan hari kelahiran Nabi Muhammad S.A.W pada tahun ni.....
malam makin larut tapi suasana kat luar rumah ani ni masih ' hidup '.macam ni la kalu dah tinggal dikawasan perumahan macam ani ni....rumah sambung2 je...dinding kiri kanan bersambung dengan orang lain...hihihi....riuh rendah lagi rumah jiran ani kat sebelah ni.biasa la...cuti macam ni agaknya sanak saudara datang bertandang kerumah.waktu ni je la nak berkumpul sekali sekala....tapi ani suka suasana macam ni.tambah kalau waktu my datuk takde kat rumah....memang suke sangat kalau orang riuh kat luar.rasa selamat je tidur kat dalam sebab dah tentu ada orang berjaga....hihihi....

ani takde plan pun nak kemana cuti ni....siang tadi dah sepagi kat sekolah imaduddin.hari ni ada program untuk pelajar tahun 6 bersama ibubapa.my datuk tak dapat join....biasa la keje dia.....dah kebetulan sama pulak tarikhnye....so ani le kene pergi sorang.mujur anak ani yang sulung ( farah ) balik malam tadi....dapat la jugak dia tengokkan adik2 dia ni kat rumah.kalau tak...jenuh jugak nak mengangkut semua ke sekolah tu.....haaa....mesti ada yang tanya sape farah tu?...hihihi....farah ni anak sulung my datuk...>dalam lain perkataan anak tiri ani la...<.tapi ani tak suka guna perkataan ' tiri ' tu.rasa macam jauh sangat jurang antara kami.tu sebab pergi mana2 ani akan cakap farah ni anak ani...(memang anak ani pun kan ).kalau ada yang tanya..." ni adik ke?"...ani iye kan je..hihihi....bukan apa...kalau tengok kami memang tak berapa logik farah ni anak ani.umur kami beza 12 tahun je...hahaha.....

esok ada 3 jemputan kenduri.ada kenduri kawin,aqiqah n ada gak kenduri bertunang.wah!...gamtung periuk la esok ye....ish...takde gantung periuk nye....kenduri tu semua makan tengahari...abih tu petang n malam takyah makan la erk....wakaka...mungkin masing2 nak ambil berkat sempena Maulidur Rasul ni ye...

Bila sebut Rasulullah,masing2 akan bercakap tentang ' contohilah akhlak Rasulullah...ikutlah sunnah Rasulullah...'
ye...memang betul sangat.tapi yang tak bestnye....ada yang menggunakan title ' sunnah nabi ' tu yang tak sedap nak dengar.
haaa....agak2 ape yang ani nak cakap ye...ani memang selalu berbahas tentang perkara ni dengan my datuk.bukanya apa...kami memang suka bertukar2 idea dan pendapat.kalau dah dapat satu topik tu...memang kupas sampai macam kat mahkamah pulak...hihihi...habis keluar semua peribahasa,kisah nabi,cerita kat tv,pengalaman kat sekolah...kiranya semua pukul rata la kata orang....hahaha....complete!tapi my datuk ni kalau bab nak bagi orang ' panas hati 'memang serah kat dia la...ada je nak menjawabnya kalau kita bagi fakta.kekadang fakta dia tu bukan betul pun..>tak masuk akal pun <...hahaha...tapi dia cakaaaap...je....bila dah geram ani diam je la...malas nak layan bila dah keluar fakta yang dia cipta sendiri...hihihi...

tapi selalunya dia akan gelak kalau ani jawab..." bab yang tu nak ikut nabi,yang lain takde pulak nak ikut..."
haaa...dia akan gelak kalau ani cakap macam tu...." bagi contoh..."...my datuk kata..
" ye la....kalau bab poligami...amboi...manis betul mulut tu kata ikut sunnah nabi,cuba ikut sunnah yang lain jugak....cara makan ikut cara nabi,cara tidur ikut cara nabi,cara bercakap ikut cara nabi...haaa...kan ke bagus kalau macam tu.sejuk hati isteri ni.....kalau la suami boleh praktikkan macam tu insya Allah...tak payah mntak izin...isteri sendiri yang akan pergi pinangkan....hihihi.... tapi kena ingat...nabi berpoligami ada sebab.yang pastinya...Rasulullah tidak berpoligami semasa isteri pertamanya masih hidup....
tentu ada lelaki yang akan jawab...ye la...dah isteri tu bukannya macam Siti Khadijah isteri Rasulullah tu.....cik abang oooiii.....dah tahu macam tu,sebelum kahwin tu cari la yang macam Siti Khadijah.....hihihi....

itu la secebis cerita tentang ani dan my datuk.alhamdulillah...kami boleh bercakap tentang apa2 per kara pun.hinggakan kalau ada la gadis2 atau mak gadis yang dok 'kenen' kat dia pun dia akan cerita kat ani.walaupun dia pun layan jugak ' peminat 'nye tu....dia tetap cerita.tapi selalunya ani akan tegur la kalau ada perkara yang dia buat dan ani rasa benda tu tak betul.kekadang dia kata biasa je...tapi pada kita sebagai isteri itu bukan perkara biasa kan...ani selalu cakap kat dia yang ani benarkan dia kalau betul dia nak berpoligami.daripada dia buat senyap2...baik kita tahu kan...tapi ani kata ada syaratnya....syaratnya...bakal madu ani tu ani sendiri yang pilih.....hahaha....
ye la....nak poligami sebab nak ikut sunnah kan...so matlamat pun kena ikut sunnah la....Rasulullah berpoligami sebab nak bantu balu2 yang kematian suami ketika perang kan.so...kalau nak berpoligami,cari la ibu2 tunggal yang anak ramai tu...ataupun wanita2 yang kurang upaya...dah tentu mereka semua tu memerlukan bantuan dan pembelaan dari seorang lelaki.terjamin la masa depan mereka jika ada lelaki yang sanggup melindungi mereka....baru la tercapai matlamat nak ikut sunnah tu kan....kalau nak yang muda belia tu tak payah la.....bagi peluang kat pemuda2 yang belum beristeri tu....anak2 muda kita pun ramai yang baik2....tak pun carikan pasangan yang sesuai untuk gadis yang cik abang suka tu.....moga aman hidup mereka...amacam...ada berani???...hahahha....

rasanya ada yang marah dengan celoteh ani malam ni...hihihi...jangan la marah....yang baik jadikan panduan,yang tak baik jadikan sempadan....

moral of story.....sebagai isteri kita harus menjadi teman dan sahabat kepada suami kita....bebaskan dia berbicara apa sahaja dengan kita supaya dia sendiri berasa selesa dengan kita.apabila suami merasakan kita adalah sahabatnya...percayalah,tiada apa yang akan dirahsiakannya dari kita.umpama layang2 yang terbang bebas diangkasa....dia akan terbang sebebasnya dan apabila talinya sudah sampai dihujung ia akan turun kepada pemiliknya juga....dengan syarat kita pandai kendalikan agar ia dapat turun dengan sempurna....

siapa lah kita nak dibandingkan dengan Rasulullah....manusia teragung yang tiada tolok bandingnya.Baginda kekasih Allah....sudah tentu 'tempat'nya yang terbaik di syurga Allah.....apa yang mampu kita lakukan hanyalah mengikut ajarannya dan menjdikannya contoh sebagai individu terbaik disisi Allah...



***apa yang ani coretka disini adalah mengikut pemikiran ani sendiri.maaf jika ada yang terasa.....

No comments:

Post a Comment

apa kata anda...