Wednesday 24 October 2012

AidilAdha......berkorbanlah....

Assalamualaikum....

lagi 2 hari seluruh umat Islam akan meraikan hari raya AidilAdha.selalunya kalau kat jengka anak2 ummi ni mesti dapat tengok acara korban sebabnya acara korban tu di buat kat depan rumah ayah tu je.so lepas solat AidilAdha tu je geng 'teruna2 impian' ni akan tukar uniform sbb ada tugas menanti....hehehe..

tapi bagi kami ' gadis2 rupawan ' ni....maintain je...tetap kontrol ayu sebab tengok dari jauh je....

tahun ni...tak tahu la nak raya kat mana.nampaknya kat batang kali je la...huhuhu...lama dah tak rasa raya sesorang kat batang kali ni.

dulu waktu abah bertugas kat cawangan trafik memang sokmo la....tiap tahun mesti kena raya kat sini.kalau tak raya puasa,raya haji mesti punya....sedih sangat sebab waktu tu tak ramai lagi penduduk tetap kat sini.bila ramai yang menyewa,malam hari raya je memang sunyi sepi.pernah sekali tu rumah kami je yang terang benderang,yang lain semua dah gelap gelita.sedih giler waktu tu.sampaikan farah cakap...kita masak kita yang makan sendiri....hahaha....

mujur la waktu tu imaduddin dan naim kecil lagi.rasanya baru 3-4 tahun.tak berapa paham lagi makna raya.bila fitrah lahir abah dah tukar ke cawangan sekarang.fuh!lega....sejak tu juga kami sekeluarga mesti balik kampung kalau sambut raya.walaupun abah cuma cuti 2 hari,mesti dapat balik punya..

nampak gayanya tahun ni kita beraya kat sini je la ye anak2 ummi.kalau ikut giliran memang turn balik kampung abah.tapi tokwan tengah ada kat hospital.kat kampung takde sapa2 pun.so kita sambut raya kat sini je la....pagi raya kita berkumpul kat hospital ye.kalau ikutkan farah,dia nak angkut adik2nya ni balik ke jengka.mmmm....hati dia dah ada kat jengka kot...hehehe...

tapi ummi pesan kat anak2 ummi...tak boleh la macam tu.kita kena hormat perasaan abah.anggaplah ini pengorbanan kita.selama ni abah dah banyak berkorban untuk kita...menunaikan kehendak kita...sekarang masanya kita berkorban untuk abah.walaupun abah banyak menghabiskan masa di hospital,ummi tak sanggup nak tinggal abah sendirian waktu raya macam ni.memang abah ada kat hospital tapi percayalah...hati abah ada dirumah...










Saturday 13 October 2012

resepi...?campak2 je...


Assalamualaikum....

wah!...hujan lebat giler kat luar tu.dari subuh tadi sampai la skrg ni....tak kasi peluang langsung matahari nak inteprem.....hujan2 mcm ni best jugak kalau tarik selimut ni....hehehe...mmmm...takde maknanya nak tarik selimut kalau anak2 ummi tu asyik masuk dapur je.mcm biasa la...kalau hujan2 macam ni biskut lemak cicah milo panas pun sedap....

bila ummi masuk dapur,ada je yang mengekor dari bel;akang n dgn soalan..." ummi nak buat apa...".ish!tension betul kalau dgr soalan tu...hahaha...

di sebabkan hari ni abah takde kat rumah,boleh la ummi masak sesuatu yang anak2 ummi suka makan.selalunya kalau abah ada kat rumah,kena balance la kan....masak yang semua orang boleh makan.hari ni ummi masakkan nasi minyak dan ayam masak merah untuk anak2 ummi.

mmm..sedap jugak resepi campak2 ni
rupanya....

menu ni boleh masak kalau abah takde kat rumah je sebab abah tak suka makan ayam.nasi minyak lagi la...abah makan nasi putih je.so,kalau abah takde kat rumah je menu ni ummi masak....

resepi...?mmmm tak yah la...main campak2 je ni...apa yang ada kat rumah je.tapi resepi ayam masak merah tu....hehehe...buat malu je...disebabkan kat luar tu hujan lebat sangat,tak dapat la ambik serai kat belakang rumah tu.selalunya ummi masuk serai,halia dan sedikit lengkuas.tapi yang ni masuk halia je.tambah dengan jintan dan sedikit daun kari dan daun limau purut yang ummi blander sekali.bila masuk semua tu,tak tahu apa nama resepi tu.tapi anak2 ummi cakap sedap walaupun naim tanya...kenapa lain pulak rasa ayam masak merah ummi kali ni.hehehe.....

nasi minyak...

itu namanya resepi campak2.yang penting sedap.....hiihi....sambil2 tunggu nasi masak tu ummi buatkan popcorn ayam untuk rania sbb rania tak makan pedas.ummi campur je tepung gandum,tepung beras,tepung jagung n tepung goreng ayam ADABI serta sedikit garam.sebelum tu isi ayam tu ummi gaul dulu dengan telur.lepas tu masukkan tepung n ayam dalam tupperware dan...goncang...hehehe...goncang la sampai kita tengok ayam tu bersalut tepung.

lepas tu goreng la...hasilnya....tadaaaa....
bonus untuk rania....popcorn ayam.




Tuesday 9 October 2012

Jika itu takdir-MU....

Assalamualaikum.....

selamat pagi semua tetamu ummi....moga beroleh kesihatan yang baik hari ini dan hari2 yang berikutnya....

update dari sini ..... malam tadi abah balik agak lewat.sebenarnya dah 2 hari abah tak balik sebab siangnya bekerja seperti biasa dan malam pulak abah ambil giliran jaga tokwan kat hospital.

pagi semalam abah call bagitahu nak balik awal sbb abah mengantuk sangat.tapi tunggu punya tunggu...sampai dah masuk maghrib pun abah tak balik lagi.risau jugak kat hati ummi ni...kalau2 ada berlaku sesuatu...

waktu ummi tengah baca al-quran lepas maghrib tu abah call bagitahu yang abah ada kat hospital tengok tokwan.bila ummi tanya kenapa...?...abah cakap nanti abah balik baru abah cerita.

pukul 9.30 malam abah sampai kat rumah.umi tengok abah tu nak celik mata pun dah tak larat.tapi macam biasa Rania akan bodek abah dia tu ajak jalan2 dulu.dan macam biasa...abah akan kalah dgn Rania.abah ajak ummi pergi minum.ummi ikutkan je...kesian pulak tengok abah tu...

waktu minum tu abah cerita tentang tokwan.kata abah kondisi tokwan dah tak stabil.rupanya tokwan kena penyakit prostat.dah pecah dah pun.sbb penyakit prostat tu jugak darah n kencing manis tokwan naik mendadak walaupun sebelum ni tokwan takde penyakit apa pun.doktor bagitahu kuman dari prostat tu dah merebak keseluruh tubuh tokwan.

dan menambahkan penderitaan tokwan...tokwan ada tumor...dah tahap ke 4 pun.Ya!Allah...mcmana kami semua boleh tak sedar selama ni.....kata doktor kalau penyakit prostat tu...hanya tuan tubuh yang akan rasa sebab itu melibatkan saluran kencing kita sendiri.tapi tumor tu....selama ni tokwan takde kena sakit kepala yang teruk pun.kata opah memang tokwan ada mengadu yang pening2 kepala tapi opah ingatkan sebab darah tinggi.sebabnya tokwan ni perokok tegar.puas dah opah dan anak2 ni pujuk suruh berhenti merokok tapi senyap2 tokwan hisap jugak.

kata abah,doktor bagitahu jangka hayat tokwan hanya 3 hingga 6 bulan sahaja lagi.dah seminggu lebih tokwan tak sedar diri tapi di saat doktor bagitahu berita tu,tokwan dah boleh buka mata walaupun tokwan dah tak nampak apa2.walaupun mcm tu....tokwan dengar apa yang opah dan anak2 bisikkan kat telinganya.tokwan boleh angguk dan gelengkan kepala,boleh genggam tangan opah,dan bila anak2 bagitahu nak balik tokwan akan melelehkan airmata.sebab tu sekarang ni anak2 bergilir berjaga malam kat hospital supaya tokwan tak rasa kena tinggal.

setiap masa akan ada yang duduk kat sebelah tokwan untuk bacakan ayat2 suci al-quran sebb sepanjang hayat,yokwan tak pernah tinggal al-quran.harap2 itu sebagai terapi untuk tokwan terus kuat.

opah nak bawak balik tokwan kerumah tapi doktor kata kalau dicabut alat pernafasan tu,tokwan boleh bertahan 3-4 jam je....jadi kata sepakat anak2...biarlah tokwan di hospital.sekurang2nya ada nurse dan doktor yang menjaga setiap masa.

abah bagitahu ummi,buat masa sekarang ni abah akan jarang ada kat rumah.kalau boleh abah nak berada lebih kerap disamping tokwan.abah mintak maaf sebab banya urusan rumah ummi yang uruskan.

AllahuAkbar....ummi faham sgt2 situasi abah sekarang ni.takde sekelumit pun rasa marah atau merajuk atau apa saja pada abah.biarlah abah bersama tokwan untuk menghabiskan sisa2 hidupnya.dalam hidup kita ni,ayah dan ibu hanya seorang.berbaktilah sebanyak yang boleh kerana bila keduanya dah tiada....kita akan terasa kehilangannya.....







Saturday 6 October 2012

bila duka bertukar gembira.....


Assalamualaikum.....

Alhamdulillah....sejuk malam ni....ong...ong...katak dok panggil sapa kat luar tu tak tahu la....hehehe....up date dari sini... selasa minggu lepas,abah kata dia dah ambil cuti 3 hari.so pagi rabu,lebih kurang pkl 10 pagi kami balik jengka sbb nak tengok mak ummi.lambat sikit bertolak dari batang kali sbb abah pergi tengok tokwan dulu kat hospital sg.buluh.

dalam perjalanan adik ipar ummi ( fairuz ) bagitahu yang mak ummi dah dibenarkan keluar dari wad.alhamdulillah...maknanya kami boleh balik terus ke jengka 9.

sampai kat rumah,terkejut mak bila tengok kami sekeluarga masuk rumah sbb mak tak tahu pun yang kami nak balik.pandai fairuz simpan rahsia ye....hehehe....

alhamdulillah....tengok mak depan mata rasa tenang je...walaupun tak banyak yang ummi boleh buat untuk mak...sekurang2nya....dapat bersembang dgn mak,tengok mak dah boleh senyum....rasa lega sangat...

2 hari duduk kat sana.....cukuplah untuk ubatkan kerinduan ummi pada mak dan ayah.malam tu,nak bagi mak tenang n kami boleh berborak ramai2,adik ummi (paksu) keluarkan balance2 bunga api yang raya puasa yang lepas.amboi...sakan depa main bunga api..... 



lama dah mengidam nak main tu.....




1st time rania pegang sendiri bunya api...
berlubang baju kakak di buatnya.....


yang dah besar pun tumpang sekaki erk....

ini budak nama imran....
dia kata waktu malam ultraman tak pakai baju sbb panas....
addoooiii...anak sapa la ni.....hehehe....

hahaha.....ni pra-aidiladha kot paksu ye...ummi tengok mak pun dah boleh gelak sikit tengok gelagat cucu2 dia ni....alhamdulillah....

pagi khamis,update dari...sini , dapat khabar dari ila yang tokwan dah beransur sembuh.syukur alhamdulillah....dapat lagi khabar gembira dari sana.kata ila tokwan dah boleh buka mata dan gerakkan mulutnya.....ummi tgk abah dah boleh senyum.lega hati ummi....



**saja je nak masuk gambar banyak2 kat sini.nak bagi budak gemok  cemburu...hehehe...

Tuesday 2 October 2012

wedding anniversary ~~~ dah hujung2 dah...


Assalamualaikum....

mmmm....banyak betul nak ceritakan kat sini.mungkin Allah nak uji kami sekeluarga saat ini.walau ujian datang bertimpa2,alhamdulillah...ummi n abah masih teguh disini.

tahu tak...sebenarnya semalam adalah ulangtahun perkahwinan kami yang ke 14.tapi dek kerana diri dan perasaan ummi n abah ketika ini berada di awang2an...kami terlupa tarikh tu.malam tadi bila terima sms dari farah ucapkan happy anniversary baru ummi perasan tarikh kat hp tu.

masyaAllah...sampai begitu sekali....ketawa ummi bila ckp kat abah yang anniversary kita tahun ni dah tinggal kenangan.abah geleng kepala...."mcmana boleh tak ingat ye..."....hehehe...takpe la honey....panjang umur tahun depan kita doublekan ye...

" ada lagi ke kedai kek buka waku ni?"abah tanya...hahaha...abah...abah...kedai mana la yang buka pukul 11.15 mlm ni...

"jom kita ngeteh je la...."ajak abah...

so...di tengah2 mlm tu ummi,abah n Rania meronda kat batang kali ni cari kedai mamak.Imaduddin,Naim n Fitrah dah dibuai mimpi dah....untung la Rania...tercapai la jugak hajat nak sambut anniversary kami malam ni...kedai mamak jadi saksi...hehehe...

khas untukmu.....
RAMLI B.SAMSUDDIN

ni je yang sempat i cari untuk u honey...








update ~~~~ khabar duka

Assalamualaikum.....

nak up date sikit je....

khabar dari Ila >>adik abah pagi ni....bapa mentua ummi (tokwan) sudah semakin tenat.darah tingginya dah turun semalam tapi malam tadi turun mendadak sampai dah jadi tekanan darah rendah pulak.katanya bacaan darah tak sampai 40>>>entah la...ummi pun tak berapa paham tapi kata Ila doktor suruh panggil ahli keluarga datang.

hingga ke saat ummi menaip ni....kata abah yang dah ada kat hospital sejak subuh tadi,tokwan hanya bergantung dgn mesin sahaja.kalau di cabut wayar tu....kita kena redha....

AllahuAkbar....Maha Suci Tuhan yang menakluki sekelian alam.....redha...ya...itu sahaja yang mampu ummi katakan....








lagi kisah duka....

Assalamualaikum....

waktu ummi menaip nukilan ni,kat luar tu hujan mencurah2 turun dari langit.Maha Suci Allah...Kau yang amat memahami isi hati kami...

mcmana lebatnya hujan kat luar tu,lebat juga hujan di hati ummi ni.seharian ummi tak tahu nak buat apa kat rumah.pergi dapur nampak mak...naik atas nampak mak..sidai kain nampak mak...semua nampak mak...

mak...ani rindu kat mak....

ahad lepas waktu ada kat hospital melawat bapa mentua ummi,dapat panggilan dari adik ipar ummi memberi perkhabaran yang cukup membuatkan ummi rasa mcm nak pengsan.adik ipar ummi tu nama fairuz>>>ni sorang je adik ipar yang ummi ada ( sebelah ummi la...).fairuz bagitahu mak ummi dah kena strok minor.Ya!Allah...kenapa waktu ini juga Kau beri perkhabaran ini...disaat kami perlu bagi tumpuan pada bapa mentua ummi,mak ummi juga mengalami nasib yang hampir sama tandanya waktu mula2 bapa mentua ummi kena dulu.

rasa mcm nak terbang balik jengka waktu tu jugak.nak telefon abah yang ada kat tingkat icu tu tak sampai hati pulak di saat abah pun tengah sedih dgn perkhabaran situasi abahnya tu.jadi setiap masa ummi hanya mampu berhubung dgn fairuz n abang ummi kat sana.kami hanya 3 beradik....alhamdulillah...abang ummi n familinya tinggal bersama dgn mak n ayah.adik n adik ipar ummi tu pulak hampir setiap minggu balik sebab anaknya bersekolah kat sana.sekurang2nya...setiap masa ada yang menjaga serta memerhati mak n ayah.ummi...hanya mampu kirim doa dgn harapan semuanya dalam peliharaan Allah....terima kasih pada abang,kakak ipar,anak2nya,adik n adik ipar ummi yang sanggup memikul tanggungjawab yang ummi tak mampu penuhi.....

alhamdulillah juga ummi dah ada sikit pengalaman bila dah berdepan dgn situasi bapa mentua ummi ni.kebetulan juga ummi tgh berada di hospital.terus ummi mintak farah jaga adik2nya ni dgn bantuan anak2 sedara ummi yang lain.ummi naik ke atas n jumpa dgn doktor yang ada kat situ.doktor tu usulkan supaya mak ummi buat full body check up.termasuk ct scan sbb katanya kalau dah melibatkan darah tinggi n strok,ada kemungkinan akan terkena gangguan saraf ke otak.

ummi mintak fairuz uruskan kat sana.alhamdulillah...dgn adanya adik ipar ummi yang sorang tu urusan dpt di buat dgn cepat sekali.maklum la...fairuz orang bandar...dia maki sana...dia maki sini...cepat la sikit urusan.kalau dok tunggu jugak rasanya...mak terbaring je kat situ.

malam tadi kata fairuz mak dah dihantar ke hospital Temerloh untuk buat ct scan dan alhamdulillah..semua dalam keadaan ok.alhamdulillah....syukur ya~Allah...sekurang2nya beritu tu boleh membuatkan ummi tarik nafas lega.kata fairuz mak dah beransur ok,dah boleh cakap macam biasa n dah balik duduk kat hospital jengka je...alhamdulillah...

abah ajak ummi balik tengok mak kat jengka tapi tengok keadaan bapa mentua ummi yang tak stabil tu,ummi suruh tunggu dulu.takpe la...buat masa sekarang ni ummi berhubung je dulu dgn adik beradik ummi yang ada kat jengka.

mak...ani mintak maaf sebab tak dapat lagi balik jenguk mak.dulu waktu ani duduk asrama,kalau mak tahu ani tengah demam dengan segera mak n ayah akan sampai tapi waktu mak sakit macam ni pun ani masih tak dapat balik tengok mak.dulu kalau ani sakit mak akan jaga ani.malah walau dah bersuami dan melahirkan anak yang ke 4,mak masih sanggup datang dari jauh untuk jaga ani dalam pantang tapi waktu mak sakit macam ni ani tak dapat jaga mak dgn tangan ani sendiri....

mak...ani mintak maaf....walau ani tak dapat balik lagi dalam masa yang terdekat ni,ani nak mak tahu...ani sayang sangat2 pada mak....setiap masa ani mendoakan kesejahteraan mak dan ayah.ani jugak selalu berdoa supaya segala kebaikan yang ani lakukan,pahalanya untuk mak dan ayah sebab mak dan ayah yang ajar supaya ani berbuat baik.....

di sini mentua...di sana ibu.....ummi tak tahu ummi ada di mana.abah seorang suami yang sangat memahami tapi ummi sendiri faham perasaannya.pagi tadi abah masukkan top up kat hp ummi.rm 50...banyak tu...selalunya kalau banyak mcm tu berbulan2 tak habis.tapi abah kata berhubung selalu dgn adik beradik kat jengka tanya keadaan mak.esok lusa kalu mak tak ok jugak...kita balik jengka....terima kasih suamiku....

rindu sangat kat mak...





Monday 1 October 2012

khabar duka...


Assalamualaikum...

selamat pagi semua tetamu ummi.....semoga beroleh rahmat dan keberkatan dalam setiap apa yang kita lakukan....

semenjak 2 menjak ni resah gelisah mewarnai kehidupan kami seisi keluarga.bagi anak2 mungkin tak begitu memahami walaupun mereka mengetahui apa yang terjadi.....dlm entry ummi sebelum ni ummi dah ceritakan apa yang berlaku.baca kat .....sini

seminggu yang lepas bapa mentua ummi semakin teruk.tiba2 dia tak sedar diri.mujur jugak waktu tu kedua mentua ummi ada kat rmh adik ipar ummi di sg.buluh.terus dirujuk ke wad kecemasan.ummi ingat lagi...waktu tu dah pukul 1.15 am....adik ipar ummi sms bgtahu keadaan abah.terus ummi n abah tak boleh tidur dah.abah lagi la...dah tak tentu arah bila diberitahu yang bapa mentua ummmi tu tak sedar diri...

di sini bapa mentua ummi di tempatkan...

2 hari menunggu keputusan ct scan...result yang keluar membuatkan kami semua terduduk...1 saraf keotaknya dah pecah dan ada 1 lagi yang sudah hampir pecah....Ya!Allah....macamana boleh jadi macam tu....setahu kami bapa mentua ummi tu hanya ada darah tinggi n jantung sahaja.tup tup kencing manisnya naik 25.5 dan darah tingginya naik mendadak hingga tidak ada bacaan....AllahuAkbar......

waktu ccm ni rasanya mcm nak pergi marah je doktor2 n pegawai2 kesiahtan yang mengaku pandai kat tanjung malim n slim river tu...bayangkan...kes bapa mentua ummi ni dah kami rujuk sewaktu bulan puasa lagi...bukan sekali dua,tapi rasanya dah berkali2...takkan la seramai2 ilmuan kesihatan yang ada kat situ tu tak boleh buat apa.sekurang2nya bagitahu kami ahli keluarga ni,apa yang perlu kami buat.ataupun kalau dah tak tahu sgt...bagi la surat supaya kami boleh rujuk pada doktor pakar......

sampaikan doktor kat hospital sg.buluh tu pun marah kenapa biarkan bapa mentua ummi tu sampai tak sedar diri.sumpah!kalau kami tahu apa yang perlu kami buat,tak akan kami biar sampai mcm ni sekali....nak marah pun dah tak guna...tapi kalai ikut marah adik beradik abah ni...mau saman je ...

setiap hari hanya abah yang boleh pergi melawat sbb kanak2 tak dibenarkan masuk ke wad icu tu...bukan masuk je...nak naik ketingkat tu pun tak boleh...

semalam...ahad...abah bawak jugak ummi n anak2 ke hospital...ummi sendiri rasa sgt bersalah n terkilan sbb sepanjang bapa mentua ummi sakit,ummi tak dapat lagi pergi melawat...

walau dalam keadaan tak sedar,abah tetap bisikkan sesuatu
di telinga abahnya....

mujur juga farah boleh turun dari nilai sbb nak melawat jugak tokwan dia tu.so ummi bergilir dgn farah n ipar2 yang lain menjaga budak2 kat bawah...AllahuAkbar....tak terkata dah bila tengok tubuh bapa mentua ummi terbaring di katil tu.dgn segala mcm wayar yang berselirat di tubuhnya....Ya!Allah....tabahkan hati kami wahai Tuhan yang memiliki segala keajaiban...dari asalnya seorang yang agak berisi tubuhnya dah bertukar seperti seorang kanak2...dari seorang yang kelakar dan suka mengusik bertukar menjadi kaku dan bisu......airmata tak boleh tahan dah....seboleh mungkin taknak menangis depan mak mentua ummi tu tapi bila dia peluk ummi dan menangis teresak2.ummi sendiri dah tak boleh tahan....MasyaAllah...Subhanallah...AllahuAkbar...tenangkan hati kami Ya!Allah...

Ya!Allah...kami amat mengasihinya.berikan kami
kesempatan untuk terusbermanja dengannya...

** ummi terpaksa ambil gambar ni sorok2.takut security marah sbb security tu 24 jam ada depan katil bapa mentua ummi ni.bukan seronok2 nak ambil gambar...anak2 ummi nak sangat tengok tokwan mereka ni tapi tak boleh masuk.rupa2nya adik beradik abah semua mintak bluetooth dengan ummi sbb anak2 sedara ummi yang lain pun teringin nak tengok.alhamdulillah...ada jugak kebaikan ambil gambar ni....walaupun ambil gambar dari dalam tudung.....