Friday, 10 February 2012

Kisah si buta dan anaknya....

Assalamualaikum.....


apa khabar semua?dah minum petang ke?.apa la agaknya juadah minum petang ni ye...ani goreng keropok je tadi untuk anak2.buatkan seteko teh tarik....layaaaannnn.....hhihihi....


baru lepas menjenguk kebun yang cenonit kat belakang rumah ni...sambil2 tu join sekali anak2 anak ani ni bagi makan si buta.....


sapa si buta?....hihihi...sebenarnya si buta ni seekor kucing yang deh bermastautin kat belakang rumah ani ni.eh!...bukan...si buta ni bukan kucing kami tapi dek kerana kesian......kekadang tu anak2ani ni bagi jugak si buta ni makanan....kalau my datuk ada kat rumah...dia yang akan ingatkan anak2 ni supaya bagi makan kat si buta ni...



al-kisahnya.....si buta ni baru lepas melahirkan...sebelum ni takde la ani bagi anak2 ani ni jaga dia sangat.bukannya apa....dah banyak kucing datang kat rumah ni.bila dah ' berumahtangga ' kat sini....macam2 'khazanah alam ' depa buang kat depan rumah ani ni.sapa lagi yang jadi bibiknya....ani la...kalau kebetulan my datuk ada kat rumah dia la yang jadi mangsanya mencuci segala harta karun tu...hahaha.....tapi my datuk ni tak kisah langsung.dia memang penyayang dengan binatang ni.....yang hairannya...binatang2 ni pun sayang kat dia.apa yang dia cakap,binatang2 ni faham....boleh ikut pulak tu....ikan kat dalam akuarium tu...kalau dengan motor my datuk sampai kat rumah...berkocak air tu....bukan main lagi depa buat akrobatik kat dalam akuarium tu....kalau my datuk outstation...takde kat rumah...ani bagi makan pun depa buat tak tahu je.....bijak rupanya ikan ni ye...hihihi....


baru2 ni si buta ni beranak lagi...> kali ke 3 dah rasanya < mulanya ani tak tahu pun.sebab lama jugak tak nampak si buta ni kat belakang....4 hari lepas....waktu ani nak sidai baju kat belakang,ternampak la sibuta ni dengan 4 ekor anaknya duduk kat tepi pasu bunga ani....ala....kesian jugak tengok anak2 si buta yang kecik lagi tu menyorok kat bawah perut ibunya.ani bagitahu kat naim.....melompat naim yang tengah sarapan tu....berlari dia kebelakang....ish...ish...ish...naim ni memang ikut perangai abahnya betul.cukup penyayang dengan binatang....


" kesian kat anak dia umi....mesti anak dia sakit kat atas batu2 ni kan..."....
mmm..ani buat tak tahu je.naim memang macam tu.
"takpe la...nanti dia ubah la anakdia tu....."...ani kata kat naim
"macamana dia nak ubah...dia kan buta..."...naim jawab
"umi,naim buatkan rumah untuk buta ni boleh tak?"...
aduussss....naim buat dah.....nak buat rumah untuk kucing pulak....
"umi taknak bela la kucing ni naim..."
"umi ni...tak kesian ke kat buta ni.kalau anak dia mati nanti macamana?...macam yang dulu tu...kena makan dengan anjing....kesian kat dia..anak dia mati..."....


huhuhu...tak terjawab ani....huhuhu...memang anak2 si buta yang sebelum ni ani tak jaga sangat.kalau ada kat belakang ani bagi la jugak makan....kalau tak ada tu...buat tak kisah je la....tengah ani dok kemas kat dapur tu naim sibuk buatkan rumah untuk si buta ni......haaaa.....jadi pulak tu banglo si buta...hihihi...
comel2 anak si buta ni....

kesian kan....dengan mata macam tu,macamana la dia nak cari makan...

kesian anak beranak ni....mana la bapak anak2 tu....

moga si buta berbahagia bersama anak2nya di  banglo buatan naim ni....




"kalau naim nak jaga,jaga betul2 ye...mesti bersih..umi tak nak rumah bau busuk..."ani pesan kat naim macam tu...
"umi ni...buat pahala pun taknak....abah kata senang je nak buat pahala ni....bagi kucing makan dapat pahala,bagi ikan makan dapat pahala,jaga kucing buta pun dapat pahala jugak....kucing ni pun macam OKU jugak...."....
wah!...bedebub..macam batu jatuh atas kepala ni dengar naim cakap macam tu...aduuusss...malu jugak kat anak kecil ni.....ter insaf kejap dengar naim bagi ceramah agama.....


bermula dari waktu tu ani lebih ' rela' dan ' terbuka ' dengan kucing ni....entah macamana...tiap kali ke belakang,rumah si buta ni dulu ani jenguk....bila dah selalu tengok,jadi suka pulak tengok anak2nya yang comel tu....macam petang semalam,kami anak beranak > dengan abahnya sekali< berkumpul kat banglo si buta ni.boleh pulak duduk kat situ...siap borak2 lagi...hahahha....maka tinggallah si buta dibelakang rumah ni dengan tak bayar sewa pun....free of charge..hihihi....


moral of story.....walaupun kita telah berusia jangan ingat kita telah tahu semuanya.walaupun mungkin kita tahu tapi kita telah terlupa ataupun terleka.....adakalanya seorang anak kecil juga mampu memberi ilmu kepada kita....mampu menyedarkan kita...walaupun kekadang apa yang di kata tu seperti menegur kesilapan kita tapi sepatutnya kita berbangga kerana apa yang di kata oleh si anak tu sebenarnya apa yang telah kita ajar kepada mereka.....





tinta ummi

No comments:

Post a Comment

apa kata anda...