Tuesday, 21 February 2012

Melayu ke Islam...?

Assalamualaikum....
lewat bersiaran hari ni.banyak kerja nak settlekan...tambah pulak pagi tadi my datuk ada kat rumah.....kena masak awal sikit.now my datuk dah pi ofis,baju dah siap lipat...kalau rania tidur sure ani join sekali.tapi pagi tadi rania dah tido lama...ptg dah takleh tido dah.tu yang ani dok ngadap blog ni.sambil tu dok jeling gak rania yang tengah leka tengok kartun dia tu.

nak cite sikit ni...pagi tadi my datuk ajak pi breakfast.kat rumah dah buat sarapan tapi dia ajak keluar gak.ikut je la...daripada dia ajak orang lain....hahaha....kami pun pi la kedai mamak kat Batang Kali ni ha...dekat je...tak jauh pun.tengah kami sembang2>sambil tengok gelagat orang<ani tertarik kat satu meja tak jauh dari kami.my datuk tengah suap rania makan....memang happy famili betul tengok keluarga tu.happening sungguh!.mungkin kerana parents yang lebih terbuka sekarang so hubungan mereka nampak sungguh akrab.

lepas tu datang sorang budak lelaki pi duduk kat meja tu.tak lama lepas tu datang lagi sorang...pi kat meja tu gak.wah!!!ramainye anak dia...ani cakap kat my datuk.
"yang lelaki tu bukan anak dia.abang tu mana ada anak lelaki..."my datuk cakap.laaa....ye ke....patut le mamat yang 2 orang tu datang tak sekali n duduk asing2.agaknya boipreng anak pompuan abang tu la erk....
yang yang syok @ ' tak berapa syok ' nak tengok...agak selamba anak2nya bergurau dgn mamat tu depan mak ayahnya sendiri.siap boleh peluk bahu n belai2 rambut lagik....sporting sungguh!

ani cakap kat my datuk....kalau ayah ani dulu...jangan harap la nak macam tu.nak berkawan pun susah apalagi nak mengendeng macam tu.nak kena wachaaa..!!!!!.jangankan nak berkawan dengan lelaki..kawan lelaki nak datang beraya kat rumah pun tak boleh.memang kehidupan ani waktu tu dengan 2-3 orang kawan @ jiran pompuan n dgn famili je kat rumah.nak pergi mana2 ayah akan hantar.ani pernah cakap kat ayah,ada kawan lelaki nak datang beraya kat rumah,ayah ani jawab..."mai la kalau nak kena tendang...jangan nak menaggatai..."....pergh...ayat maut tu...hahaha...

tapi bila dah kerja ayah agak terbuka sikit.walaupun waktu tu kat kolompo tapi ani masih terikut2 didikan ayah.kalau ada mamat tegur pun...menonong je jalan.kah..kah...kah...ada la 4-5 mamat nak berkenalan...tapi bila refer kat ayah,ada je yang tak kena....itu lah...ini lah...padahal ani pun tak pernah jumpa mamat2 tu...takat tengok gambar je...pun tak approve.sampai la 'terkenal' my datuk ni...refer kat ayah,ayah boleh diam je..org tua2 kata kalau diam tu tanda stuju kan...hahhaaha...maka approvelah borang yang di'submit' oleh mr.right ani tu....hihihi...padahal kalau tengok gambar tu...Ya!Allah....macam lanun pun ada.dgn misai panjang melentik,rambut ala2 David Arumugam 'terima kaseiii'....pun boleh approve.lawak...lawak...tu la kan...kalau dah jodoh tak kemana....

dalam dok gebang dgn my datuk tu ,anak2 dara tu bangun...ooo...mamat2 tu dah tunggu kat luar.dgn selambanya membonceng motor dgn mamat2 tu.wah!...siap melambai kat mak ayah dia lagi...hahaha....tabik la kat mak ayah dia ni...sporting habis!untung mamat2 tu dapat mentua yang sporting macam ni kan...

my datuk cakap...."kalau diri sendiri tak boleh nak jaga,macamana nak jaga anak bila dah kawin nanti.yang lelaki tu tak rugi apa....agak2 apa yang dia nak ajar kat anak2 dia nanti kalau sekarang ni pun dia dah jadi macam tu....".silap siapa...?...dan berlanjutan lah gebang kami sampai rania ajak balik...hahaha..umi dgn abah terleka la rania....tapi tu la...tak berani nak kata kat orang...maklum la...kami pun ada anak dara.yang kecik ni insyaAllah lah....masih didepan mata.yang dah besar tu...nun jauh kat sana...apa la pulak kisahnya....

tepuk dada tanya iman...nak jadi melayu ke nak jadi Islam.siapakah kita...Islam pada agama atau hanya pada nama....wallahua'lam.....


pesanan untuk anak2 ummi...farah,fitrah n rania....


tinta ummi

No comments:

Post a Comment

apa kata anda...