Monday 31 December 2012

corat coret penghujung 2012

Assalamualaikum....

menghabiskan sisa2 2012 bersama bonda dan keluarga tercinta.

seronoknya bukan kepalang dpt berkumpul ramai2 dan melihat keletah my anak2 buah yg sangat awesome!...

semalam( 29/12/2012 ) ummi n abah blk rmh opah kat sg.behrang  sebab opah berhajat nak buat tahlil untuk arwah tokwan.mujur jgk opah serahkan kat pihak masjid untuk menguruskn kenduri tu.kalau nak harapkn kami semua...nak msk maghrib br smp.maklum la...masing2 punya komitmen....

mcm biasa..kalau anak cucu opah berkumpul...sgt lah riuhnya...smp opah pening dgn suara cucu2 nya ni...hehehe.

kesian opah...bila sessi persekolahan dah bermula maknanya opah dah mula tinggal sendiri...nak buat mcmana...semua kena teruskan kehidupan spt biasa.eh!...sapa nak tinggal dgn opah angkat tangan....nampak mcm kak lang ( anak adik abah ) angkat tangan tu...hehehe...naim pun angkat tangan jgk.tp sorry ye naim...opah xnak naim ddk kat sana sbb ikan2 opah dah pening dgn naim yg suka berkubang dlm kolam tu...hahaha...naim...naim...



***  sorry la...ummi x dpt msk gmbr sbb tak bwk blk laptop kat sini.ni pun ummi guna hp je...adooiii...jenuh nak menekan punat2 ni...huhuhu...









Friday 28 December 2012

jom kongsi ilmu **jumaat terakhir 2012

Assalamualaikum....

alhamdulillah....menyedut udara pagi jumaat yang nyaman.jumaat terakhir untuk 2012....mari kita kongsi ilmu yang kita ada....

ALHAMDULILLAH :)
jom rebut pahala...


Contact Lens Shop (Korean Authentic Lenses)
Beli 1 Pair FREE 1 Pair + **Free Postage 
Klik Disini ~> www.facebook.com/NiagaLens
kita mungkin tak memahami hati seorang ibu
sehingga kita sendiri bergelar seorang ibu....





Sama2 kita amalkan 4 petua ini..jangan lupa share dengan sahabat2 kita

~www.penpintarmyiman.com

Klik Share!



.
usaha...ikhtiar....


** sumber ~ fb






Tuesday 18 December 2012

Ayah.....dalam kenangan....


Assalamualaikum....

tanpa sebarang kata....biarlah gambar yang berbicara.....



12 November 2012......

masih mengerah tenaga...

tabiat setiap pagi......
mesti menyapu di depan rumah....


riuh rendah dgn anak cucu....

1 Disember 2012.....
seperti mengetahui dia akan pergi.....



rindu......

kak na...mungkin ini satu2nya kenangan terakhirnya...

imaduddin....sayang betul dia dgn gambar ni....

di kelilingi anak cucu...


 4 Disember 2012......
bersama mak di Hospital Ampang....


9 Disember 2012.....

akhirnya.....



Demi Allah....aku rindu......












Monday 17 December 2012

seminggu telah berlalu.....





Assalamualaikum....




SESUATU YANG BERHARGA ITU AKAN TERASA NILAINYA SETELAH IANYA TIADA......



seminggu telah berlalu.....
tabahkan hati dan cari kekuatan diri....
untuk di nukilkan di sini....
seseorang yang amat di kasihi....
telah pergi meninggalkan kami....
waris-warisnya yang mula mencari.....
dan sudah mula merindui.....

seminggu telah berlalu....
dia semakin jauh....
tak pernah kembali walau sekali.....
sekalipun hanya dalam mimpi....
mungkin kerana kehidupannya disana....
sangat aman dan sentosa....

seminggu yang lalu....
dia telah selamat di semadi....
di tempat yang kekal dan abadi....
amat berat hati ini....
meninggalkan dia seorang diri.....
kerana sepanjang hidup ini....
dia tak pernah memungkiri janji....
untuk menemani....




AYAH......
setiap kali melihat namamu di hujung namaku....
seperti kau masih ada...
bersamaku....
terima kasih kerana kau sudi melengkapi namaku....
sepertimana kau telah melengkapi hidupku....
kini aku amat faham dan tahu...
apa erti rindu.....
 
sekalung Al-Fatihah untukmu....
hanya itu hadiah yang termampu....
di setiap hujung solatku.....
 
tetap kekal wajahmu walau hanya dalam
kenangan...
Al-Fatihah.......
 








Thursday 6 December 2012

Tiada apa yang diminta.hanya doa.....

Assalamualaikum.....

Isnin 3 Disember 2012 - 3.00 pm.....

Wan dibawa ke hospital Ampang untuk rawatan selanjutnya.ummi tak dapat ikut sebab temankan tok dan anak2 saudara di rumah.hanya abang n kakak ipar ummi je yang ikut ke sana.tu pun tak boleh naik sekali dengan wan .kesian kat wan sebab waktu sampai kat hospital Ampang tu tak ada sapa pun yang tunggu.kesian jugak kat abang n kakak ipar ummi tu  sebab depa ni memang tak tahu jalan nak kesitu.

tambah pulak sampai kat kawasan tu memang time orang balik keje....>>>tahu je la jalan KL kalau dah pukul 5 pm.di tambah pulak dengan hujan lebat.esoknya baru ummi bawak tok ke sana.

kata wan,dia takut betul waktu tu sebab takde sapa2 pun dengan wan waktu doktor n nurse semua dok keliling dia.mujurlah abah mmg dah tunggu wan dari awal lagi tapi sebab hujan abah sampai lewat jugak.nampak je abah sampai wan rasa lega sangat.>>>>dari dulu wan memang tak suka betul kalau kena datang hospital.

hari yang sama jugak adik beradik wan ramai yang datang.rasa syahdu jugak bila tengok adik beradik wan dok keliling wan.sampaikan ' makcik guard ' tu naik angin jugak dengan famili kami ni......hahahha.....sebenarnya wad wan ni separa kritikal jadi hanya 2 orang boleh masuk dalam masa yang sama.

dapat jumpa adik2...ayah lupa sakit..

bayangkan pantang tengok makcik guard tu leka berduyun kami masuk kat tempat wan.semuanya sebab kami semua sayangkan wan.....
















Monday 3 December 2012

???????

Assalamualaikum......

Selamat pagi semua tetamu ummi .moga Allah melimpahkan seluruh rahmatnya kepada kita......

29 november 2012 - 2.08 am....

"...ni nak bagitau,abg baru balik hospital Jengka...tadi bawak ayah check doktor sebab ayah muntah2 dan tak lalu makan.hospital ambik darah n sekarang proses tahan wad.kemungkinan besar esok ayah akan dibawa ke hospital temerloh sebab ujian darah kat jengka tak jelas masalahnya....."

30 november 2012 - 11.13 am......
"...sel darah putih ayah cecah 173000...orang normal 4000 -10000 je....doktor takut kanser darah...."

*** msj dari abang ummi di jengka

semuanya dalam masa 2 hari......



















Monday 26 November 2012

semakin terasa kehilangannya.....

Assalamualaikum.....

Alhamdulillah....segala puji bagi Allah yang menguasai segalanya...hari yang baru dan bermulanya minggu yang baru.malam tadi baru sampai dari rmh opah setelah seminggu berkampung di sana.

alhamdulillah.....dapat menyelesaikan kenduri tahlil selama 7 hari untuk arwah tokwan.malam tadi waktu nak tinggalkan opah,ummi tengok abah peluk opah sebab opah menangis nak lepaskan anak2nya ni balik kerumah masing2.

tak ramai pun....yang tinggal cuma abah dan acik ila sekeluarga.yang lain semua dah balik dan bawa haluan masing2......pakndak tinggalkan 2 orang anak daranya untuk temankan opah sepanjang cuti sekolah ni.alhamdulillah....terima kasih pakndak...ummi jugak tinggalkan imaduddin sebagai penguat opah n cucu2 opah yang lain sebab yang tinggal kat rumah tu semuanya perempuan.moga imaduddin dapat jalankan peranannya sebaik mungkin.

sejujurnya ummi sedih tengok keadaan opah.setahu ummi, opah n arwah tokwan dah beri didikan yang terbaik untuk semua anak2nya.namun ibarat kata orang tua2....dalam setandan pisang tetap ada buah yang kurang elok.

sebab itu juga abah terpaksa ambil alih tugas seorang abang dan seboleh mungkin cuba mentadbir keluarga serta mententeramkan opah serta adik beradik yang lain sehabis baik.mujur juga opah mempunyai pakndak,pakjang n acik yang sangat menyayangi opah sepenuh hati.

abah meminta ummi bersabar buat sementara waktu sebab buat masa sekarang abah perlu lebih kerap pulang kekampung untuk menjenguk opah.kata abah ummi perlu bersabar kerana jadual hidup kami akan berubah dan masa untuk membawa ummi n anak2 keluarga beriadah akan semakin kurang.

Demi Allah....ummi tak rasa marah langsung jika itu yang abah pinta.malah ummi bangga sebab suami ummi dapat berfikir dengan matang dan membuat keputusan dengan tidak menyinggung mana2 pihak.memang kewajiban abah untuk mendahulukan dan menjaga opah walau dalam apa keadaan sekalipun.
impian semua anak,,,,

tapi ummi yakin....masa abah masih ada untuk ummi n anak2......sebab selama ummi menjadi isteri abah,belum sekali pun abah mengabaikan keperluan kami.....terima kasih abah....



sudahkan kita baca doa ini hari ini..?








Saturday 24 November 2012

Dia telah pergi.......

Assalamualaikum.....

selamat pagi semua tetamu ummi.moga kita diberikan kesihatan dan Allah merahmati setiap langkah yang kita aturkan.....

AllahuAkbar...jam 5.10 pagi....di saat semua orang di ulit mimpi,ummi n abah dikejutkan dengan panggilan dari pakngah memaklumkan berita yang sangat2 menghiris hati itu.abah yang baru je tido selepas solat tahajjut dan hajat malam tu sedar tak sedar menerima berita tu.setelah ummi bagitahu abah yang berita tu bukan hanya dalam mimpi abah,abah termenung.ummi tahu abah sangat terkilan sebab abah dah siap masuk baju dalam beg sebab abah dah bagitahu ummi yang pagi tu abah nak masuk ofis kejap dan terus pergi tengok tokwan kat hospital.kata abah,abah rindu sangat kat tokwan.......

rupanya perancangan Allah lebih hebat.tokwan pergi dengan sekelip mata tanpa apa2 tanda.kesian acik ( adik abah ) dan pak ndak (adik abah)......merekalah yang bersengkang mata dan banyak berkorban selama tokwan sakit.namun Allah tetap tak izinkan tokwan pergi dihadapan mereka......

19 november 2012.....tokwan telah pergi bertemu penciptaNya dengan sangat tenang.kalau ummi seorang menantu pun agak terasa dengan kehilangannya apatah lagi 5 orang anaknya serta opah yang tak pernah langsung berpisah tempat tidur dengannya.

" abang rasa kosong....." itu ayat abah bila ummi berikan segelas air pada abah selepas abah balik dari kebumikan arwah tok wan.....

Semoga tokwan tenang di sana.....Al-Fatihah.....

hadiah untuk tokwan....







Wednesday 14 November 2012

bermula satu perjalanan...

Assalamualaikum......

bila ada masa dan hati juga berbunga2>>>ewah....laju je nak post entry yang mencuit hati dan memberi kenangan yang tersendiri.

farah...dah ranum rupanya anak dara ummi yang sorang ni.walau bukan lahir dari rahim ummi tapi kasih sayang dengan adik2 yang lain tiada bezanya...ummi jaga farah dari farah tak tahu apa2 sampai la sekarang....ummi dah boleh berbangga jika farah di letakkan bersama anak2 gadis orang lain.

farah n fitrah....

alhamdulillah....ummi tengok abah dah bagi green light bila farah temukan ummi dan abah dengan pilihan hatinya.ummi tak ada halangan sebab ummi tengok pilihan farah pun sudah yakin dengan keputusannya yang berani berhadapan dengan abah dan menyuarakan isi hatinya.

mr.right...

dan semalam hari yang bersejarah dalam hidup farah telah bermula.keluarga si dia telah datang kerumah kami dan sangat tertib menyuarakan hasrat mereka ingin berkongsi kasih sayang dengan ummi dan abah dan mentadbir serta menjaga farah seikhlas hati mereka.walaupun ini kali pertama kami dipertemukan oleh si dia tu tapi kami boleh berkomunikasi dengan baik dan sangat mudah menyelesaikan segala urusan.

pertama kali bertemu...

abah....siap pegang kalender nak cari tarikh
yang sesuai.dah macam baca syarat2 nya pulak....hehehe..

apa yang mampu ummi sediakan....
dgn bantuan assistant2 ummi...

disaksikan oleh wakil keluarga kedua belah pihak selesai sudah majlis merisik yang sangat harmoni.

ummi jadi saksi ok...hehehe...

farah kekok jadi tontonan...

mulanya ummi ingat simple je tapi bila mereka sangat tertib dalam berbicara ummi rasa dah macam majlis bertunang pulak.mujur jugak ummi jemput 2 orang jiran terdekat dan pakngah( abang abah ) serta maksu ( adik ipar ummi ) datang kerumah.mujur jugak anak angkat ummi>>patmah ada kat rumah....ringan sikit tugas ummi...kesian maksu sebab jauh betul perjalanannya nak kesini.>>> ummi punya pembantu pengurusan majlis tu....hehehe...

kalau takde mereka semua tu rasanya pitam ummi n abah sebab inilah pengalaman pertama kami.serba tak kena rasanya....hahaha....

apa pun ummi rasa gembira sebab farah dah bertemu mr. right nya.bagi ummi n abah....bermula lah musim pening kepala kami sebab mencari idea dan memikirkan segala macam perkara untuk merialisasikan impian farah tu....








ada2 je...

Assalamualaikum....

alhamdulillah....mengharungi hujung minggu yang amat menggembirakan...

sabtu lepas ummi balik jengka.sebenarnya sekadar memenuhi jemputan x student abah yang naik pelamin kat area jengka jugak.disebabkan sangat2 dekat dgn rumah tok n wan...apa lagi...itu la tempat utama yang di tuju dulu.

apa yang paling menggembirakan?dah tentu dapat menatap wajah ayahanda bonda dan seluruh ahli keluarga.tak terkecuali anak2 sedara ummi yang sangat2 awesome!....hehehe....

takyah cite panjang la....meh tengok gambar....

yaya dah ada driver...hahaha...


tak pernah jumpa benda alah tu.yaya paksa abang naim
ronda rumah tok....

menjadi betul rambutan tok n wan ni..




** banyak lagi gambar lain tapi semua tertungging kepala.malas pulak nak edit2.ni je la yang ada....





Tuesday 13 November 2012

Happy Birthday Naim....

Assalamualaikum.....

selamat malam semua tetamu ummi....

wah...sudah bersawang oooo...sorry ye...tuan tanah agak sibuk kebelakangan ni.>>>sibuk la sangat...

sebenarnya abah berkursus 2 minggu dan diangkutnya sekali lappy kesayangan ummi tu .yang abah tinggalkan ... laptop abah yang hidup segan mati pun tak mahu tu n komputer yang ummi guna sekarang ni.nak guna komputer ni kena lewat2 malam or awal2 pagi sbb anak2 ummi tu bila celik je mata memasing dah ambik nombor nak guna komputer ni....mmmm....sabo je la...

khamis lepas (8 nov 2012 ) birthday naim yang ke 11.dah besar rupanya anak ummi yang sorang ni walaupun ummi tengok tak besar2 pun...hahahaa.....alhamdulillah...hari yang sama juga abah habis kursus.seharian dari pagi naim asyik tanya bila abah nak balik.ummi buat2 tak paham je walaupun ummi tahu naim nak bagitahu yang hari tu hari jadi naim.

sebenarnya awal2 lagi ummi dah inform pada abah n abah dah beli pun kek untuk naim >>>ni kes angin kemalasan ummi sedang melanda...hehehe...

alhamdulillah...kebetulan pulak...abah habis kursus pada hari jadi naim.fitrah n imaduddin dah jenuh bisik kat telinga ummi>>>nak ingatkan ummi tentang hari jadi naim la tu.ummi buat tak paham je...kesian naim....sampai merajuk tunggu abah siap solat isyak.jangan bimbang naim...abah dah siap beli kek dah pun...hehehe...

happy birthday naim....
muka angry bird tu mcm muka naim waktu
merajuk dengan abah dan ummi.....hehehe...

hujan tengah menggiler.mujur duduk bawah bumbung....

birthday boy.handsome tak?.....

yaya nak tumpang potong kek la.....

puas hati naim dapat makan kek birthday.....
kesian naim kena dera dgn abah...hahaha...

untuk pujuk naim abah ajak dinner kat luar.wah!...berganda kegembiraan naim.kami semua tumpang rezeki naim je....hahaha....






Wednesday 24 October 2012

AidilAdha......berkorbanlah....

Assalamualaikum....

lagi 2 hari seluruh umat Islam akan meraikan hari raya AidilAdha.selalunya kalau kat jengka anak2 ummi ni mesti dapat tengok acara korban sebabnya acara korban tu di buat kat depan rumah ayah tu je.so lepas solat AidilAdha tu je geng 'teruna2 impian' ni akan tukar uniform sbb ada tugas menanti....hehehe..

tapi bagi kami ' gadis2 rupawan ' ni....maintain je...tetap kontrol ayu sebab tengok dari jauh je....

tahun ni...tak tahu la nak raya kat mana.nampaknya kat batang kali je la...huhuhu...lama dah tak rasa raya sesorang kat batang kali ni.

dulu waktu abah bertugas kat cawangan trafik memang sokmo la....tiap tahun mesti kena raya kat sini.kalau tak raya puasa,raya haji mesti punya....sedih sangat sebab waktu tu tak ramai lagi penduduk tetap kat sini.bila ramai yang menyewa,malam hari raya je memang sunyi sepi.pernah sekali tu rumah kami je yang terang benderang,yang lain semua dah gelap gelita.sedih giler waktu tu.sampaikan farah cakap...kita masak kita yang makan sendiri....hahaha....

mujur la waktu tu imaduddin dan naim kecil lagi.rasanya baru 3-4 tahun.tak berapa paham lagi makna raya.bila fitrah lahir abah dah tukar ke cawangan sekarang.fuh!lega....sejak tu juga kami sekeluarga mesti balik kampung kalau sambut raya.walaupun abah cuma cuti 2 hari,mesti dapat balik punya..

nampak gayanya tahun ni kita beraya kat sini je la ye anak2 ummi.kalau ikut giliran memang turn balik kampung abah.tapi tokwan tengah ada kat hospital.kat kampung takde sapa2 pun.so kita sambut raya kat sini je la....pagi raya kita berkumpul kat hospital ye.kalau ikutkan farah,dia nak angkut adik2nya ni balik ke jengka.mmmm....hati dia dah ada kat jengka kot...hehehe...

tapi ummi pesan kat anak2 ummi...tak boleh la macam tu.kita kena hormat perasaan abah.anggaplah ini pengorbanan kita.selama ni abah dah banyak berkorban untuk kita...menunaikan kehendak kita...sekarang masanya kita berkorban untuk abah.walaupun abah banyak menghabiskan masa di hospital,ummi tak sanggup nak tinggal abah sendirian waktu raya macam ni.memang abah ada kat hospital tapi percayalah...hati abah ada dirumah...










Saturday 13 October 2012

resepi...?campak2 je...


Assalamualaikum....

wah!...hujan lebat giler kat luar tu.dari subuh tadi sampai la skrg ni....tak kasi peluang langsung matahari nak inteprem.....hujan2 mcm ni best jugak kalau tarik selimut ni....hehehe...mmmm...takde maknanya nak tarik selimut kalau anak2 ummi tu asyik masuk dapur je.mcm biasa la...kalau hujan2 macam ni biskut lemak cicah milo panas pun sedap....

bila ummi masuk dapur,ada je yang mengekor dari bel;akang n dgn soalan..." ummi nak buat apa...".ish!tension betul kalau dgr soalan tu...hahaha...

di sebabkan hari ni abah takde kat rumah,boleh la ummi masak sesuatu yang anak2 ummi suka makan.selalunya kalau abah ada kat rumah,kena balance la kan....masak yang semua orang boleh makan.hari ni ummi masakkan nasi minyak dan ayam masak merah untuk anak2 ummi.

mmm..sedap jugak resepi campak2 ni
rupanya....

menu ni boleh masak kalau abah takde kat rumah je sebab abah tak suka makan ayam.nasi minyak lagi la...abah makan nasi putih je.so,kalau abah takde kat rumah je menu ni ummi masak....

resepi...?mmmm tak yah la...main campak2 je ni...apa yang ada kat rumah je.tapi resepi ayam masak merah tu....hehehe...buat malu je...disebabkan kat luar tu hujan lebat sangat,tak dapat la ambik serai kat belakang rumah tu.selalunya ummi masuk serai,halia dan sedikit lengkuas.tapi yang ni masuk halia je.tambah dengan jintan dan sedikit daun kari dan daun limau purut yang ummi blander sekali.bila masuk semua tu,tak tahu apa nama resepi tu.tapi anak2 ummi cakap sedap walaupun naim tanya...kenapa lain pulak rasa ayam masak merah ummi kali ni.hehehe.....

nasi minyak...

itu namanya resepi campak2.yang penting sedap.....hiihi....sambil2 tunggu nasi masak tu ummi buatkan popcorn ayam untuk rania sbb rania tak makan pedas.ummi campur je tepung gandum,tepung beras,tepung jagung n tepung goreng ayam ADABI serta sedikit garam.sebelum tu isi ayam tu ummi gaul dulu dengan telur.lepas tu masukkan tepung n ayam dalam tupperware dan...goncang...hehehe...goncang la sampai kita tengok ayam tu bersalut tepung.

lepas tu goreng la...hasilnya....tadaaaa....
bonus untuk rania....popcorn ayam.