Monday 5 August 2013

last minutes....

Assalamualaikum.....

lagi 4 hari nak raya....ye ke....?...macam tak caya je kan....

" ummi tak buat kuih raya ke...?"....anak dara ummi si fitrah tu risau bukan main lagi bila tengok atas kabinet dapur tu takde satu pun lagi balang kuih raya.yang ada kerepek ubi n pisang yang ummi order dari jiran ummi.

kesian dengan anak dara ummi tu,ummi ajak abah ke kedai bakery kat batang kali ni.

"lagi seminggu nak raya baru nak beli bahan....?"....tokeh kedai tu tanya ummi.

teruk sangat ke ummi ni.....?

kesian anak2.....dek kerana mood ummi n abah yang tak berapa seronok nak raya....terlupa keseronokan untuk anak2.....

" ummi,baju raya naim tu kalau ummi tak sempat beli takpe la....yang tahun lepas tu boleh pakai lagi...."...tersentak ummi sebab terlupa betul nak beli baju untuk naim.hari tu dah janji nak pergi beli.tapi terlupa la pulak.....

sabtu lepas,abah bawak anak2 dia ni pegi shopping.masyaallah.....ramainya orang.....ni la akibatnya kalau beli last minutes.bukan salah orang...salah diri sendiri.

alhamdulillah....settle untuk anak2.hujung rambut ke hujung kaki dah lengkap.lega dah rasanya....

next.....
projek biskut raya....




















No comments:

Post a Comment

apa kata anda...