Monday, 5 August 2013

BISKUT CORNFLAKES sedap


Assalamualaikum.....

malam tadi lepas abah n anak2 bujang ummi pergi terawih,ummi mulaprojek ke 2 mem'biskut'.

semuanya sebab tengok kak yatie menayang biskut cornflakes dia.meriah gitu....

anak2 ummi memang suka sangat biskut cornflakes.mulanya ummi nak buat biskut cornflakes madu tapi ummi ni tak berapa gemar sangat biskut yang manis2 ni.

hati ni dah berkenan dengan biskut kak yatie.tengok bahan2nya pun semua ada dalam almari tu.mmm....kali ni ummi buat 2 adunan sebab ummi tahu...kalau buat waktu malam,memang byak la kurangnya kuantiti biskut tu nanti....hehehe...

so mula la projek biskut cornflkakes dengan fitrah n rania.riuh rendah dapur dengan budak kecik tu....Ya! Allah......penuh dapur dengan tepung.bila ummi marah dia kacau ummi nak menguli adunan tu,dia ambik besen n buat adunan dia sendiri.....adoooiii......letih betul la dengan budak sorang ni....


BISKUT CORNFLAKES



Bahan-Bahan


  • 250 gm mentega
  • 3/4 cawan gula aising
  • 1 sudu kecil esen vanilla
  • 1 biji kuning telur
  • 250 gm cornflakes(ramas2 sikit)
  • 2 cwn tepung naik sendiri-ayak dulu
  • Mangkuk kertas secukupnya
  • Ceri merah dan ceri hijau-dipotong kecil



Cara-Cara

  1. Pukul mentega dan gula aising hingga sebati.
  2. Setelah sebati, masukkan telur dan pukul lagi...setelah itu masukkan esen vanilla.
  3. Masukkan tepung naik sendiri dan cornflakes yg di ramas...gaul sebati guna senduk kayu je.
  4. Masukkan dlm mangkuk kertas dan hiaskan dngn potongan ceri merah dan hijau.
  5. Bakar dalam oven yg telah di panaskan pada suhu 170 C selama 15-20 minit.
  6. Biarkan sejuk di redai biskut. Simpan dlm bekas kedap udara.





belum masak....

dah siap masak...




alhamdulillah.....sedap tau biskut ni.patut la kak yatie kata biskut ni sedap.nampaknya resepi ni kena masuk dalam buku resepi la....tak leh tunggu2 lagi.tak mau tukar resepi lain dah.....



mintak izin ye kak yatie....ummi c&p je dari dapur kak yatie .nak tepek kat sini pulak.mana la tahu kot2 anak2 ummi nak buat biskut ni bila dah besar nanti.ye la....farah pun dah duduk rumah sendiri.kalau dia mintak resepi kat ummi,ummi suruh dia rujuk kat sini je......



















No comments:

Post a Comment

apa kata anda...