Friday, 23 August 2013

hujan.....

Assalamualaikum....

pagi yang sejuk...sejuk...sejuk....rasanya seluruh negara kot hujam pagi ni.bila baca kat fb semua kawan2 update status tentang hujan.

hujan rahmat dipagi jumaat yang berkah.moga hujan ini mampu menyejukkan suasana dunia yang sedang panas ni. moga hujan ni juga mampu sejukkan juga hati2 manusia yang sedang 'panas' ketika ini....

dah 2-3 hari baju tak kering2.bila pegang semuanya sejuk belaka.nak angkat pun jadi was2...ni sejuk kering ke...sejuk basah...huhuhu...

rindu kat abah....dah 2 hari abah tak balik.sibuk beno dengan program kat uia tu.ummi paham sesangat dah kalau ada program macam tu.kadang2 abah call bagitahu nak balik tapi ummi yang tak bagi balik.ye la....nak balik dah tengah malam...nak sampai kat rumah je dah dekat 1 jam.esokpagi sebelum subuh dah nak pergi semula....

lebih baik tidur je la kat sana.penat badan je ulang alik macam tu.tapi abah ni degil jugak orangnya.kalau dia kata nak balik,dia tetap akan balik.macam minggu lepas...dah dekat pkl 12 tgh malam abah sampai kat rumah.balik semata2 nak ummi buatkan nasi goreng n ikan bilis goreng + cili padi.siap makan,bawak rania n ummi ronda2 naik moto,singgah kedai mamak minum teh tarik...balik rumah lelap mata 1/2 jam,pukul 3 pagi dah pegi semula.....

dan macam biasa selagi abah tak sms bagitahu dia dah selamat sampai kat sana,ummi tak boleh lelapmata.bila abah sms bgtahu dia dah sampai,tengok jam dah dekat pukul 4 pagi.pkl 5.30pagi dah kena bangun nak siapkan sarapan anak2 yang nak pegi sekolah.....

akibatnya...lepas semua pegi sekolah,ummi tarik selimut la.....golek2 dengan rania atas katil....hehehe...

malam tadi abah call bagitahu mlm ni abah balik.mmm....balik dengan sebeban baju2 yang perlu di basuh....biasa la tu.....





















No comments:

Post a Comment

apa kata anda...