Assalamualaikum.....
waktu ani menaip ni dah agak lewat malam.ini je la masanya yang ani boleh bersenang sikit tanpa gangguan Rania...huhuhu.asalnya nak BW je tapi kebanyakan paparan malam ni membuatkan ani mengelap airmata yang entah untuk kali keberapa.tersentuh hati membaca nukilan,melihat gambar,menonton video yang ada terhidang di dunia maya ni.
bukanlah nak masuk campur dalam urusan politk.bukan jugak nak kecoh tentang pentadbiran negara.sapa la ani ni....ada hikmah jugak ani tak terpilih langsung untuk menjawat jawatan,memikul tanggungjawab untuk mentadbir negara ni.agaknya kalau ani berada di tempat mereka...lagi teruk perangai ani ni agaknya...hehehe...sapa tahu kan....ada hikmah jugak ani tak bersuamikan seorang pemimpim negara.kalau tidak...huhuhu...tak tahu la apa nak jadi....
ish..apa melalut tengah2 malam ni....
sebenarnya ani agak terkilan,sedih,sebakdan macam2 lagi ada dalam perasaan ni.Ya.....untuk apa ani malu nak mengaku bahawa ani isteri kepada seorang anggota polis.ani tak malu nak mengaku bahawa ani kakak kepada seorang anggota polis.ani juga adik ipar kepada seorang anggota polis.ani tak malu nak mengaku ani ada kawan yang juga seorang anggota polis.malah ani langsung tak malu nak mengaku bahawa ani seorang ummi kepada ramai yang sudah bergelar anggota polis,bercita2 nak jadi anggota polis dan bakal bergelar anggota polis.serius!...ani tak malu nak mengaku semua itu.....
tapi melihat dan mendengar caci maki yang mewarnai kehidupan mereka jiwa ani jadi tak tentu.salahkah menjadi anggota polis?haramkah perpkerjaan itu?tidak halalkah rezeki yang mereka perolehi hasil dari pekerjaan mereka.Ya...polis ambil rasuah...polis zalim padarakyat...polis ikut telunjuk pemerintah.....semua yang buruk kan....kerja polis je ke yang terlibat dengan rasuah?jika negara ini bertukar pemerintah,tidakkah polis juga perlu patuh kepada pemerintah yang sedia ada?bukankah polis juga akan melindungi pemimpin yang telah dilantik oleh rakyat sendiri?....jika difikirkan semula...rasanya sama je....tugas mereka tetap menjaga,melindungi dan mengawasi....
ani taknak bandingkan dengan mana2 pekerjaan dgn pekerjaan polis ni.tapi fikirlah dengan fikiran yang waras.....keburukan,ketamakan,kejahatan....datangnya dari diri dan kata hati diri sendiri....
walau semulia mana diangkat sesuatu pekerjaan itu takkan bermakna jika pelaksananya gagal memenuhi matlamat Amal Ma'aruf Nahi Munkar.....
13 tahun bergelar isteri kepada seorang anggota polis sudah cukup untuk membentuk peribadi,jati diri dan ketahanan mental dari orang sekeliling.apabila ada yang kena saman,rumah inilah yang mereka serbu untuk minta simpati.macam lah polis tu ada kuasa nak batal saman macam tu je....yang agak hati batu tu siap bagi duit suruh bayarkan dengan alasan takde masa nak pergi bayar sendiri....dah jadi macam kuli dia pulak....bila ada keraian atau sebarang program,polis inilah yang diharap menjadi orang tengah untuk mendapat sumbangan atau bantuan.seringkali juga tidur polis ini terganggu ditengahmalam bilamana ada sahaja masalah dikejiranan yang berlaku.bila loceng rumah berbunyi ditengah malam....faham la...ada orang minta tolong la tu...
macam2 hal....anak tak balik lagi la...ada india mabuk depan rumah la...ada budak muda melepak tepi rumah la...ada ular masuk rumah la...tu belum lagi yang guna call je...." budak main gitar tu bising la...tak boleh tidur.tolong tegur boleh tak?..."..."bunyi muzik kat kenduri tu kuat la...anak saya nak tidur..."...hahaha...macam2 hal!!!
tapi bila ada yang tak kena...." bodoh betul polis ni...waktu ni la pulak dia nak buat roadblock..."...berlagak betul polis tu...mintak maaf pun kena saman jugak..."...kalau kita bawak buah tangan bila ada kenduri kendara..." hai...kutip bawah katil ke...?">>perli la tu..konon2 kita ambik je kat kedai...<<
sejujurnya..tiap kali suami nak keluar rumah untuk bertugas bila perkara seperti tempohari berlaku,seringkali juga tercuit kat hati ni...adakah selamat suamiku ini dalam tugasnya hari ini.setiap kali nak melangkah keluar,pesanan demi pesanan dititipkan untuk anak2 dan isterinya ini....setiap kali itu juga ciuman dipipi dan pelukan dihadiahkan sebagai azimat dan semangat agar suami lebih bersedia dalam tugasnya....
pernah terjadi beberapa tahun yang lalu,sehari sebelum Aidilfitri,kami sekeluarga sudah bersiap sedia nak balik ke kampung.beg dah masuk dalam kereta sementara menunggu suami balik dari kerja.kalau ikut perancangan kami akan bertolak balik selepas asar setelah suami selesai bertugas dan diberi cuti selama 3 hari.petang itu,anak2 melompat keriangan menyambut abahnya balik dari kerja.semua dah siap berpakaian cantik nak balik ke kampung setelah hampir setengah tahun tak menjenguk tok dan wan di kampung.
tapi agak hairan bila abahnya terus masuk bilik air,solat asar dan terus baring.
" cuti kena tarik balik....maknanya kita tak dapat balik raya.esok pagi abang kena masuk keje sebelum subuh.kalau nak balik jugak abang kena hantar malam ni dan abang kena balik sini semula malam ni jugak...."......tak tahan airmata ni dari menitik bila dengar kata2 tu....sedihnya tengok anak2 yang dah bersiap....beg yang perlu dikeluarkan semula dan beraya dalam suasana sunyi sepi tanpa sesiapa di kejiranan ni..dan perlu menjawab setiap soalan yang ditanya oleh anak2 dan juga ahli keluarga dikampung......untuk tinggalkan suami....mungkin tidak....tak sampai hati meninggalkan dia keseorangan dihari raya nanti....ya...kami sekeluarga perlu berkorban!....
kejadian seperti ini bukan sekali berlaku tapi sudah berkali2 sehingga kami takkan bersiap apa2 pun sehingga suami balik dari kerja dan semuanya berjalan lancar.alhamdulillah...anak2 juga tidak banyak kerenah bila melihat kawan2 dan jiran2 pulang kekampung ataupun pergi bercuti bila cuti sekolah tiba kerana mereka sendiri telah sedia maklum tugas bapa mereka itu.....
teringat kata2 seorang ustaz dalam sebuah majlis ilmu tidak lama dulu..." polis ni pekerjaan yang mulia kerana matlamatnya Amal Ma'aruf Nahi Munkar....sama je dengan guru,doktor,ustaz,ustazah,peguam,penceramah....cuma niat dan amalan je yang membezakan mereka.kalau kata polis tu jahat,ustaz sekarang pun ada gak yang jadi ustaz terlampau....peguam pun ada yang dah jadi loyar buruk...cikgu pun kerje sebab gaji banyak je...masuk kelas lambat sebab sibuk berniaga kat bilik guru....penceramah pun dok kutuk orang je....jadi sape yang baik kat dunia ni?sapa yang anggap pekerjaan dia lebih mulia dari pekerjaan orang lain...."....
amacam kata2 ustaz ni...?
No comments:
Post a Comment
apa kata anda...