Wednesday 2 May 2012

Berapa nilai kasih kita?...

Assalamualaikum....

wah!...hujan lebat oooo...petang ni...abih terpelanting tong sampah rumah jiran sebelah ni.air longkang takyah cakap la.....tunggu masa je nak melimpah masuk dalam kawasan rumah....tu la...orang ajak gotong royong taknak.haa...kan sekarang dah banjir....buang la lagi sampah dalam longkang tu ye.....( cakap kat sape ni?...dah tentu2 orang tu tak baca pun blog ani ni)...hahaha....

cerita ni dah agak lama jugak la sebenarnya.tapi ter'rewind' semula semalam bila tiba2 ternampak sorang perempuan ni>>>muda sikit la dari ani.biar la ani panggil dia Ti je.ani kenal dgn Ti ni pun secara kebetulan je...tahun lepas waktu tengah sibuk2 beli persiapan sekolah anak,ani di layan oleh Ti ni yang bekerja kat situ.muda lagi orangnya dan nampak cergas.borak punya borak rupanya dia ni dah kawin n ada sorang anak.

sejak tu kami selalu jugak terserempak dan dia masih kenal ani.semalam waktu ani n my datuk bawak anak2 beli barang dapur,terserempak jugak dengan Ti ni.banyak betul barang yang dia beli.penuh troli...dgn anak yang besar sikit dari Rania pun duduk sekali dalam troli tu.bila ani tanya,dia kata dia berniaga waktu pagi jual nasi lemak n kuih muih.bila ani tanya mana suaminya...dia kata.."mmm...macam tu la kak...".ok...ani faham.

airmata isteri....

sebenarnya Ti ni buat 3 kerja dalam 1 hari.fuh!..tak penat ke?...: ' penat kak...tapi sebab saya kena buat,lama2 dah biasa dah..."..tu la jawapan Ti waktu ani tanya dia.waktu ani jumpa dia tu dah pukul 11 malam.so...dia nak sampai rumah pukul berapa?.seawal jam 2.30 pagi dah kena bangun masak untuk jualan.jam 6.30 pagi keluar rumah tolak troli untuk ke warung dekat dengan rumahnya.dah siap sedia kat warung,tinggalkan kejap kat tuan warung n berkejar ambil budak sekolah.kemudian balik semula ke warung dgn anak kecil tu masih tidur kat sit tepi.pukul 11 pagi kemas semula n beli barang untuk jualan esoknya.balik kerumah masak untuk anak n suami....12.30 keluar semula ambil budak sekolah.1.30 petang keluar hantar anak kerumah kakak dan terus masuk kerja jam 2 petang - 10 malam.

lepas tu balik kerja ambil anak dan terus balik kerumah.....mmmm...agak2 pukul berapa dia tidur n berapa jam dia dapat rehat?....

tahu tak kenapa Ti sanggup buat semua tu?...." akak dapat kasih sayang dari suami secara percuma...tapi saya kena beli kasih sayang dari suami sendiri...." tu la jawapan Ti bila ani tanya dia.
ya...Ti ada suami.rasanya kalau ikut adat melayu dah tentu si suami yang meminang si isteri kan.betul...Ti juga begitu.cuma bezanya ramai anak muda sekarang berkahwin dengan pilihan sendiri tapi Ti di jodohkan oleh keluarganya.sebelum berkahwin dulu keluarganya percaya si lelaki itu mampu menjaga dan memberi kasih sayang kepadanya.


hubungan yang terpetri dengan ijab dan qabul
seharusnya difahami...
cerita Ti....suaminya itu memang baik orangnya.tak pernah meninggi suara...tak pernah angkat tangan kepadanya.di rumah si suami juga sangat sayangkan anak mereka....eh!...suaminya bekerja....bukan goyang kaki je kat rumah.cuma mungkin kerana taraf pendidikan yang agak rendah,kerjanya biasa2 je......habis tu?...apa yang susah2 kena buat 3 kerja dalam 1 hari?tak cukup makan ke?

"saya ni anak yatim kak.ayah dah lama meninggal.mak yang tanggung kami 5 beradik.saya bersyukur sebab dapat suami yang baik macam A.cuma mungkin egonya agak tinggi.dia tak boleh tengok orang yang lebih kaya dari dia.kalau dia tak dapat beli apa yang orang lain ada...dia buat perangai la.....kata saya ni tak boleh tolong dia jadi kaya la...saya ni malas kerja la....tu sebab saya kena kerja kuat.saya nak belikan apa yang dia nak.lepas dapat barang yang dia nak,dia sayang betul kat saya kak.dia tolong saya kemas rumah...tolong jaga anak..."....cerita Ti....



" tu sebab saya tak kisah kena kerja lebih sikit asalkan dia sayang saya dan anak kami ni.....bahagia betul bila jalan suami nak pegang tangan kita kan kak..." sambung Ti lagi.

tu cerita 2-3 bulan dulu.semalam ani tengok dia makin cengkung.hampir tak kenal jugak la kalau my datuk tak cakap kat ani....

" dia nak kamera pulak kak....geng2 dia ada yang dah beli.dia kata dia taknak jadi orang terakhir yang beli.kalau 4 - 5 ratus takpe jugak kak...ni dekat rm2 ribu......mati saya...."...jawab Ti bila ani tanya tentang keadaan dia tu...

nak je ani tanya...sampai bila dia nak bertahan macam tu?baru 6 tahun kahwin dah jadi macam tu.macamana nak capai 20 tahun usia perkahwinan.....tapi tak sampai hati nak tanya...terpulang lah...asalkan Ti bahagia.....






gambar dari cik google....

No comments:

Post a Comment

apa kata anda...