Friday, 11 May 2012

* * mak...ani sayang mak...* *

Assalamualaikum....

sana sini orang dah mula sibuk dengan ucapan Hari Ibu.lepas ni sibuk dengan Hari Guru pulak.....tadi bawak anak2 beli hadiah untuk guru besarnya nak bersara esok.ni pun tengah tunggu apam coklat siap untuk sumbangan majlis esok hari.letih dah menunggu ni nak siapkan 100 biji.

hari ibu....sejujurnya ani tak pernah raikan hari ibu sepanjang ani bergelar seorang anak.sungguh!...dulu kami tak tahu pun tentang hari ibu ni.yang selalu dengar hari guru je.sebab tu ani tak tahu macamana nak raikan hari ibu tu.ani teruk?...ya...ani mengaku...ani memang teruk!

tapi bila dah berkahwin dan ada anak baru ani tahu makna hari ibu tu.bila anak2 beri kad ucapan dan belikan hadiah....rasa sebak ada...rasa malu pun ada...sebabnya ani diraikan oleh anak sebagai seorang ibu tetapi sebagai anak ani tak pernah raikan  ibu ani sendiri.memang agak kekok nak mulakan tambahan pula bila umur kita dah mencapai tahap ' remaja purba ' ni.memang kekok....


mungkin sebab tak pernah diterapkan dalam keluarga maka kami agak janggal nak meraikannya.namun....emak tetap dalam hati ani.demi Allah...tak pernah sesaat pun mak hilang dari ingatan dan hati ini.kekadang rasa macam tak tertahan rasa rindu ni pada mak.walaupun jarak perjalanan untuk pulang menjenguk mak dan ayah bukanlah memakan masa yang panjang tapi sebagai isteri ani perlu juga memikirkan kesesuaian masa suami yang bekerja dan anak2 yang bersekolah.

ani selalu berdoa moga2 dengan ketaatan dan kesetian ani kepada suami,mak dan ayah beroleh kebaikannya.ani tak mampu menghadiahkan harta dan wang ringgit....ani pun tak mampu nak bersama mak ayah setiap masa...tapi percayalah....doa ani tidak putus kepada keduanya agar Allah melindungi dan merahmati mereka.


ani tahu mak tak baca blog ani ni.ani pun tahu....mak tak tahu pun apa yang ani tulis dalam ni tapi ani tetap nak bagitahu pada mak....

mak...walau ani tak pernah cakap yang ani sayangkan mak,ani nak mak tahu yang ani sayang mak sangat2.ani rindu mak sangat2 walaupun ani baru je balik jumpa mak.kalau boleh ani nak makan masakan mak hari 2 macam kecik2 dulu.mak tak pernah masak apa yang mak suka tapi mak akan masak apa yang anak2 mak suka....sungguh!...ani tak mampu jadi seperti mak....

mak...sekarang ani dah faham setiap inci isi hati mak sebab ani pun dah jadi seorang ibu.ani faham sendu mak...ani faham kerisauan mak...ani faham keletihan mak...ani faham pengorbanan mak....kalaulah boleh diundur masa...ani nak jadi anak yang terbaik untuk mak....


mak....terima kasih sebab mak mendoakan yang baik2 untuk kehidupan ani sekeluarga.terima kasih sebab mak ada bila2 masa ani perlukan mak....walaupun mak sudah dimamah usia tapi mak ada bersama ani walaupun ani melahirkan anak yang ke 4...mak masih sanggup menjaga ani.ani tak mampu balas pengorbanan mak dan ayah....

Ya!Allah...jika ada walau sedikit kebaikan yang aku lakukan...berikanlah pahala itu kepada kedua ibubapaku kerana mereka yang mengajarku untuk melakukan kebaikan itu......Amin.







2 comments:

  1. serius...sentapp hati..huhu..
    nangis dah ni..huhu...syg ummi..

    ReplyDelete
    Replies
    1. kita adalah cermin kepada ibu kita.perilaku kita menggambarkan siapa kita....

      Delete

apa kata anda...