Monday, 9 April 2012

Tragedi Mac....@ - @

Assalamualaikum.....

bulan yang penuh dengan masalah...penuh dengan kejutan dan bulan yang betul2 mencabar kesabaran.....

selamat tinggal Mac 2012....aku taknak jumpa kau lagi...huhuhu....

ada kawan tanya....kenapa lama ani tak update blog.peka betul dia dgn kawan dia ni....syukran ye kawan.....macam ni la kan....manusia tak lari dari diduga.kalau tiada dugaan bukan kehidupan namanya...kalau tak diduga mana kita tahu setakat mana kesabaran kita...Allah dah janji...dugaan yang diberi kepada kita sebenarnya sesuai dengan tahap kesabaran dan keteguhan Iman kita.kata seorang guru,dugaan itu tandanya Allah sayangkan kita.Terima kasih Ya!Allah kerana meyayangiku.....

bermula dengan anak2 yang asyik tak sihat.bergilir-gilir pulak tu....last sekali kena kat umminye la....lepas satu klinik...satu klinik kena jelajah cari ubat yang asyik tak serasi....alhamdulillah sudah semakin sihat dan anak2 pun semua dah boleh jalani kehidupan seperti biasa.Rania pun dah makin tembam dan kuat makan....

lepas tu my lappy pulak nak mintak ubat.kejap semput...kejap pening....kena rujuk klinik jugak.klinik surrender....terus hantar hospital masuk wad.bukan wad biasa...icu lagi...adooiii....lappy...lappy...sekali ko mintak duit...adooiii....dah makin nipis poket ni....

bila dah dekat hujung bulan hati ni rasa berbunga la sikit...hehehe...dah dekat gaji kan...lega...banyak la korang punya lega.....kena uji lagi....my datuk eksiden otw nak ke Kedah......huhuhu.....walaupun bukan kenderaan sendiri dan bukan tanggungjawabnya seorang tapi sebagai seorang yang bertanggungjawab dia taknak meminta dan menyusahkan orang lain.waaaaaa......rasa memang nak nangis dah ni.....banyaknya duit kena keluar....



sangat2 kesian tengok my datuk waktu tu.semua urusan kena buat sendiri....kena keluar duit poket sendiri...dgn urusan program student2nya kat kedah yang tengah berlangsung.dia pulak masih disini selesaikan segala urusan dan menanggung sakit.walaupun tak la cedera teruk tapi kesan hentakan tu dia masih rasa sampai sekarang.....alhamdulillah my datuk sangat kuat semangat.takde cuti...takde mc....esoknya naik train ke kedah sebab risaukan studentnya kat sana.....

31st mac....sepatutnya kami sekeluarga raikan birthday my datuk waktu tu.selalunya tarikh2 penting macam ni my datuk akan bawak kami anak beranak makan kat luar-kedai pilihan anak2.tapi tahun ni takde kemana pun.....alhamdulillah anak2 faham...."kesian kat abah...."....anak2 kata.

Allahu Akbar.....terima kasih kerana menduga kami Ya!Allah....kerana dengan dugaanmu ini kami semakin rapat,semakin bahagia,semakin tenang dan semangat kami semakin kuat.sucikan kami dari dosa Ya!Allah.....
  








No comments:

Post a Comment

apa kata anda...