Wednesday, 18 April 2012

BINGKA ROTI BERLAUK

Assalamualaikum.....

meh!...meh!...nak tayang ni....eemmmm.....sedapnya...heheheh...mak datuk....memang mabelesss.....tak rugi dok tercongok dpn lappy ni n dok godek2 MR.jumpa dgn resepi yg mantooopppp....nak buat bisnes pun boleh ni.....ani nak bisnes?....sorry...my datuk tak bagi.dia kata ani kalau bisnes sokmo rugi....mana tak ruginya...asyik kesian kat orang je....semua bagi free...hahhaha....


kuih ni ani buat semalam untuk minum petang.tak sangka pulak dapat banyak....rasanya macam tak habis je....bagi la kat 2-3 rmh jiran2.tapi nak dijadikan cerita....belum masuk maghrib dah habis.kesian fitrah dapat rasa 3 ketul je....naim n imaduddin dah belasah semua.simpan untuk abahnya sepiring malam tadi.alamak!...abah mintak lagi la....hehehe...sorry...dah habis.

pppssss......kompom sedap!!!!....


BINGKA ROTI BERLAUK

10-12 keping roti
800ml santan
3 sudu besar tepung gandum
3 sudu besar mentega-cairkan
3 biji telur
sedikit garam campurkan dalam santan

bahan lauk

400gm daging kisar ( ani guna 2 keping daging burger)
2 biji bawang besar-cincang
2 ulas bawang putih-cincang
1 biji kentang-potong dadu
1 biji lobak merah-potong dadu(ani tak letak pun.takde stok)
halia-cincang
sedikit rempah kari
sedikit sos tomato
sedikit sos cili
sedikit garam
daun sup-racik halus
daun bawang-racik halus
bawang goreng

**masak macam biasa....

cara:

siat2 roti dan rendam dalam santan hingga kembang
- pukul sebati semua bahan
-tuang dalam loyang-sapu dulu dgn mentega
- bakar 30 minit 170 c
- setelah masak keluarkan dan tabur bahan lauk
- bakar lagi 15 minit.

* kalau tabur cheese di atasnya lagi sedap.....

tapi...maaf la...anitak ingat dah sape punya resepi ni.konon2 waktu ambik resepi ni saja je nak tambah koleksi.tak terpikir pulak nak masuk dalam blog ni.pada tuan punya resepi ni...maaf ya...tapi rasanya banyak dah blog2 masakan yang tayang kuih ni.cuma mungkin ada bahan2 yang terlebih terkurang...ye le...otai2 masakan ni kreatif2 belaka...tahu je nak mereka masakan bagi ada kelainan.kita ni cedok je...tak berani nak berkreatif...takut takde orang nak makan nanti...hahahah....






No comments:

Post a Comment

apa kata anda...