Tuesday, 13 March 2012

Sabar itu pendamai jiwa...

Assalamualaikum.....
dah sarapan ke?alhamdulillah....walaupun simple tapi cukup untuk dapat tenaga bagi melunaskan tugas kita sebagai seorang ibu dan isteri kan....
baru2 ni ada seorang ibu berkongsi keluhan hatinya dengan ani.mengenai kerenah anak2 yang seringkali mengundang rasa kecewa dan sedih dalam hatinya.ani yang dengar pun tersentuh jugak bila tengok airmatanya yang bergenang dikelopak matanya.walaupun dia kata dah tak ada airmata nak keluar lagi tapi sgt jelas kelihatan dia menahan sebak

AllahuAkbar....dugaaan Allah datang berbagai cara.mungkin Dia memberikan kita kemewahan harta tapi diduganya kita dengan kesabaran dan ketabahan hati seorang manusia.ada juga yang kehidupannya biasa2 je tapi melimpahkan kebahagian dan kegembiraan dalam rumahtangga dan keluarga.....


menangani kerenah anak yang tiada penghujung>>mengundang rasa kecewa dihati ibu ini.terpaksa berhadapan dengan masyarakat yang tak sudah2 'menghukum' walaupun apa yang berlaku tidak langsung mencacatkan kehidupan peribadi mereka.namun pada ani sebagai masyarakat kita juga menyumbang kepada masalah ini.walaupun kita yang melahirkan anak tetapi kita tidak mampu menjaga dan memerhati perangan dan pergaulan si anak jika dia berada diluar rumah.tugas kita lah sebagai jiran dan masyarakat menegur tingkah laku mereka jika dilihat agak janggal dimata kita.



Ya! memang ada segelintir ibubapa yang tidak dapat menerima teguran tentang anak mereka.tetapi itu hanya 'segelintir'...masih ramai lagi yang benar2 memerlukan kerjasama dari kita sebagai jiran dan masyarakat untuk membantu dan memerhati tingkah laku anak mereka ketika diluar rumah.alhamdulillah ani mendapat jiran2 yang mahu 'berkongsi' anak>>dalam erti kata yang lain....dirumah anak kamu...diluar anak aku....<<sama2 menegur anak2 jiran yang telah dianggap seperti anak sendiri.sehingga keperingkat jika ada yang  ponteng sekolah akan ditegur walaupun ibu yang ada dirumah hanya mendiamkan diri.....

untuk ibu itu ani hanya mampu menasihati dan memberi semangat agar tak putus asa dan sentiasa bersabar dgn dugaan ini.Ya!...mungkin benar anak itu sudah agak tersasar jauh tapi sekurang2nya dia dah sedar dan kembali meminta pertolongan dari ibubapanya.pada ani itu sudah cukup baik.kita juga pernah muda kan....tentu kita faham gelodak hati remaja yang sentiasa mahu mencuba dan tidak memikirkan risikonya.terimalah anak itu kembali kerana sudah menjadi tugas kita sebagai parent untuk memandu dan menunjuk arah kepada anak2 kita tu.daripada dia pergi kepada kawannya yang akan terus menyesatkannya...lebih baik dia kembali sujud kepada Allah dan memohon pertolongan kita.....moga Allah merahmati keluargamu......temanku....



tinta ummi

No comments:

Post a Comment

apa kata anda...