Monday, 17 December 2012

seminggu telah berlalu.....





Assalamualaikum....




SESUATU YANG BERHARGA ITU AKAN TERASA NILAINYA SETELAH IANYA TIADA......



seminggu telah berlalu.....
tabahkan hati dan cari kekuatan diri....
untuk di nukilkan di sini....
seseorang yang amat di kasihi....
telah pergi meninggalkan kami....
waris-warisnya yang mula mencari.....
dan sudah mula merindui.....

seminggu telah berlalu....
dia semakin jauh....
tak pernah kembali walau sekali.....
sekalipun hanya dalam mimpi....
mungkin kerana kehidupannya disana....
sangat aman dan sentosa....

seminggu yang lalu....
dia telah selamat di semadi....
di tempat yang kekal dan abadi....
amat berat hati ini....
meninggalkan dia seorang diri.....
kerana sepanjang hidup ini....
dia tak pernah memungkiri janji....
untuk menemani....




AYAH......
setiap kali melihat namamu di hujung namaku....
seperti kau masih ada...
bersamaku....
terima kasih kerana kau sudi melengkapi namaku....
sepertimana kau telah melengkapi hidupku....
kini aku amat faham dan tahu...
apa erti rindu.....
 
sekalung Al-Fatihah untukmu....
hanya itu hadiah yang termampu....
di setiap hujung solatku.....
 
tetap kekal wajahmu walau hanya dalam
kenangan...
Al-Fatihah.......
 








No comments:

Post a Comment

apa kata anda...