Wednesday, 14 November 2012

bermula satu perjalanan...

Assalamualaikum......

bila ada masa dan hati juga berbunga2>>>ewah....laju je nak post entry yang mencuit hati dan memberi kenangan yang tersendiri.

farah...dah ranum rupanya anak dara ummi yang sorang ni.walau bukan lahir dari rahim ummi tapi kasih sayang dengan adik2 yang lain tiada bezanya...ummi jaga farah dari farah tak tahu apa2 sampai la sekarang....ummi dah boleh berbangga jika farah di letakkan bersama anak2 gadis orang lain.

farah n fitrah....

alhamdulillah....ummi tengok abah dah bagi green light bila farah temukan ummi dan abah dengan pilihan hatinya.ummi tak ada halangan sebab ummi tengok pilihan farah pun sudah yakin dengan keputusannya yang berani berhadapan dengan abah dan menyuarakan isi hatinya.

mr.right...

dan semalam hari yang bersejarah dalam hidup farah telah bermula.keluarga si dia telah datang kerumah kami dan sangat tertib menyuarakan hasrat mereka ingin berkongsi kasih sayang dengan ummi dan abah dan mentadbir serta menjaga farah seikhlas hati mereka.walaupun ini kali pertama kami dipertemukan oleh si dia tu tapi kami boleh berkomunikasi dengan baik dan sangat mudah menyelesaikan segala urusan.

pertama kali bertemu...

abah....siap pegang kalender nak cari tarikh
yang sesuai.dah macam baca syarat2 nya pulak....hehehe..

apa yang mampu ummi sediakan....
dgn bantuan assistant2 ummi...

disaksikan oleh wakil keluarga kedua belah pihak selesai sudah majlis merisik yang sangat harmoni.

ummi jadi saksi ok...hehehe...

farah kekok jadi tontonan...

mulanya ummi ingat simple je tapi bila mereka sangat tertib dalam berbicara ummi rasa dah macam majlis bertunang pulak.mujur jugak ummi jemput 2 orang jiran terdekat dan pakngah( abang abah ) serta maksu ( adik ipar ummi ) datang kerumah.mujur jugak anak angkat ummi>>patmah ada kat rumah....ringan sikit tugas ummi...kesian maksu sebab jauh betul perjalanannya nak kesini.>>> ummi punya pembantu pengurusan majlis tu....hehehe...

kalau takde mereka semua tu rasanya pitam ummi n abah sebab inilah pengalaman pertama kami.serba tak kena rasanya....hahaha....

apa pun ummi rasa gembira sebab farah dah bertemu mr. right nya.bagi ummi n abah....bermula lah musim pening kepala kami sebab mencari idea dan memikirkan segala macam perkara untuk merialisasikan impian farah tu....








4 comments:

  1. alhamdulillah. tumpang happy... tarikh tunangnyer bila umi?

    ReplyDelete
    Replies
    1. alhamdulillah....awal tahun depan ekin...

      Delete
  2. huhu....pasti akan jadi kenangan terindah untuk kite semua ...=)

    ReplyDelete
    Replies
    1. kak long a.k.a budak gemok....siapkan pakaian anda dari sekarang.jangan over shadow dari pengantin dah la...hehehe...

      Delete

apa kata anda...