selamat pagi semua tetamu ummi.moga kita diberikan kesihatan dan Allah merahmati setiap langkah yang kita aturkan.....
AllahuAkbar...jam 5.10 pagi....di saat semua orang di ulit mimpi,ummi n abah dikejutkan dengan panggilan dari pakngah memaklumkan berita yang sangat2 menghiris hati itu.abah yang baru je tido selepas solat tahajjut dan hajat malam tu sedar tak sedar menerima berita tu.setelah ummi bagitahu abah yang berita tu bukan hanya dalam mimpi abah,abah termenung.ummi tahu abah sangat terkilan sebab abah dah siap masuk baju dalam beg sebab abah dah bagitahu ummi yang pagi tu abah nak masuk ofis kejap dan terus pergi tengok tokwan kat hospital.kata abah,abah rindu sangat kat tokwan.......
rupanya perancangan Allah lebih hebat.tokwan pergi dengan sekelip mata tanpa apa2 tanda.kesian acik ( adik abah ) dan pak ndak (adik abah)......merekalah yang bersengkang mata dan banyak berkorban selama tokwan sakit.namun Allah tetap tak izinkan tokwan pergi dihadapan mereka......
19 november 2012.....tokwan telah pergi bertemu penciptaNya dengan sangat tenang.kalau ummi seorang menantu pun agak terasa dengan kehilangannya apatah lagi 5 orang anaknya serta opah yang tak pernah langsung berpisah tempat tidur dengannya.
" abang rasa kosong....." itu ayat abah bila ummi berikan segelas air pada abah selepas abah balik dari kebumikan arwah tok wan.....
Semoga tokwan tenang di sana.....Al-Fatihah.....
hadiah untuk tokwan.... |
No comments:
Post a Comment
apa kata anda...