Assalamualaikum...
selamat pagi anak2 ummi.....pagi yang sejuk tapi tak boleh tidur nyenyak sebab banyak betul bunyi2an kat sebelah rumah ni.....oh ya....lupa nak bagitahu...ummi ada kat rumah farah sekarang ni.malam tadi kami sampai dekat pukul 12 tengah malam.dari batang kali pukul 10.30 malam sebab tunggu naim habis tuisyen.dengan jalanraya yang penuh sesak dengan kenderaan.....ramai yang ambil kesempatan balik kampung sempena cuti chinese new year ni kan.tapi kami ke rumah farah kat nilai ni sebab nak cari barang2 untuk majlis farah nanti.
anak dara ummi yang sorang ni memang 'slow' sikit bab pilih barang ni....hehehe...apa kami beli....?nanti kita cite ye....entry ni untuk fitrah.entry untuk farah nanti ye.....
khamis lepas ( 7 feb 2013 ) genap anak dara sunti ummi si fitrah tu 9 tahun.
happy birthday to u...happy birthday to u...happy birthday to fitrah....happy birthday to u.......
Allah selamat kan kamu...Allah selamat kan kamu...Allah selamatkan fitrah nur insyirah....Allah selamat kan kamu.....
kami nyanyi lagu tu kat MB.mulanya nak buat kat rumah je tapi fitrah request kat abah nak makan kat MB.>>>kes jeles kat naim sebab birthday naim tahun lepas abah bawak makan kat luar<<<adoooiii...anak...anak....
bukan tak pernah pergi MB tu....tapi dia nak makan kat situ jugak.ok la...ok la...abah ikut jugak kemahuan anak dara sunti dia ni....
agak kelakar + seronok + terkejut bila ada beberapa orang yang duduk dekat dengan meja kami turut nyanyi untuk fitrah.ada sorang uncle cina tu siap bagi rm5 kat fitrah sebagai hadiah.>>>tak sempat nak snap gambar uncle tu sebab tgh sibuk agih kek pada budak2 kat situ<<<
imaduddin takde dalam gambar sebab belum balik dari asrama.kalau dia tengok gambar ni kompom ummi n abah kena ganti balik kat dia....huhuh... |
kiranya fitrah puas hati la birthday dia tahun ni....amboooiii.....sakan noooo.....zaman ummi dulu takde la nak sambut birthday macam ni.....kekadang bila kita cakap kat mak,mak buat tak tahu je....sedih tau.tapi arwah ayah ummi akan buat sesuatu bila birthday anak2nya.terharu bila ayah buat tembok depan rumah dan ayah tulis tarikh birthday ummi atas simen tu.kata ayah itu lebih kekal sebab tak boleh padam dah.untuk abang n adik ummi pun ayah buat macam tu....sentimental kan.....huhuhu....sedih....rindu ayah!....
tapi zaman dah berubah....manusia semakin moden.rasanya tak salah nak ingat tarikh lahir kita dengan sedikit sambutan kecil.kata abah...sementara umur ummi dan abah masih ada,kami perlu mencipta kenangan supaya ada perkara yang manis untuk di kenang oleh anak2 bila kami dah tak ada nanti.....so sweettttt....
semoga fitrah menjadi anak yang solehah.berjaya di dunia dan akhirat.tahu tak....untuk melahirkan fitrah ummi menanggung sakit selama 12jam.dari hospital kuala kubu di hantar ke hospital selayang sebab fitrah tak boleh keluar.sakitnya menahan tak payah cakap la...
sampai kat hospital selayang 2 orang doktor n 4 orang nurse ' proses ' ummi untuk keluarkan fitrah.ummi rasa macam ayam pulak bila kena pusing sana...pusing sini...bila doktor berjaya keluarkan fitrah,berlari nurse bawak fitrah ke bilik mencuci sebab fitrah dah lemas.abah pun berlari ikut nurse tu sebab takut nurse bawak lari fitrah....hahaha....lawak betul abah ni.....
terkejut doktor sebab berat fitrah berbeza dengan jangkaan.doktor jangka 3.3 - 3.5 je...bila keluar...4.25 tau!....AllahuAkbar...patut la susah nak keluar.dalam sakit2 tu ummi boleh gelak sebab tengok doktor n nurse pun gelak.tau sebab apa...?sebab kain lampin tu tak dapat menampung badan fitrah.bila balut fitrah,kaki terjuntai je....hahahaa....last2 nurse balut dengan kain batik ummi.....hahaha...kelakar betul!....fitrah...fitrah....tapi bila dah besar....jadi slim pulak.....hilang dah ketembaman yang dulu tu....huhuh....tapi naluri seorang ibu....sakit yang ditanggung seperti hilang bila melihat anak yang dikandung dan dilahirkan berada di depan mata....abah seronok sebab cita2 nak dapat anak perempuan termakbul akhirnya.....
tapi ummi lagi seronok sebab hospital selayang bagi ummi hadiah sebab ummi boleh lahirkan secara normal walaupun memakan masa yang lama.kata nurse kalau tahu berat fitrah macam tu memang ummi kena operet la....yes!...ummi memang power!....hehehe...
mungkin benar kata orang sakit lahirkan anak ni lain2 rasanya.imaduddin n naim ummi rasa mudah.takde sakit lama sangat.kata orang kalau anak lelaki mudah,anak perempuan agak susah dan sebaliknya.betul kot sebab nak lahirkan fitrah n rania ummi rasa agak sakit menanggungnya.wallahu'alam......
happy birthday fitrah.....
moga Allah merahmati dirimu dan diperkenankan segala cita2mu ..... |
No comments:
Post a Comment
apa kata anda...