Friday, 8 February 2013

ENTRY KHAS UNTUK IBU2 YANG HEBAT

Assalamualaikum....

hujan yang mencurah2 turun di pagi jumaat yang berkah.seperti memahami isi hati seorang ibu yang ketika ini merintih dan bersedih.kehilangan cintahati yang di kandung 9 bulan,melahirkan dan menjaga sepenuh hati tanpa sebarang rungutan.ikhlas dari hati seorang ibu yang mahu anaknya sihat seperti insan lain.

biarlah dunia ketawa...
biarlah orang mengata...
biar buruk di pandangan mata...
biarlah umpat keji di sekeliling kita....
kau tetap anakku...
dan aku adalah ibumu...
Demi Allah....
kerana terlalu menyayangimu...
ibu merelakan pemergianmu...
bersemadilah dengan aman wahai anakku...

walau hanya seketika....
kehadiranmu sangat bermakna...

alfatihah...

klik sini





seorang lagi ibu juga sedang berduka.cintahati yang sedari kecil aktif dan lincah,kini hanya terbaring sendu.hanya mengharapkan segalanya di bantu.....doa dari si ibu di tagih.....sentuhan dari ibu di rindu...

anakku...
ibu rindu suaramu...
ibu rindu gelak tawamu...
ibu rindu pelukkanmu...
cepatlah sembuh wahai anakku...
agar kita boleh bermain seperti dulu....


sihat lah sayang....

klik sini

entah kenapa hati ummi terpanggil untuk membuat satu entry khas untuk mereka.ketabahan hati ibu2 ini membuatkan ummi rasa kagum.mereka ibu2 yang hebat.ummi tahu...ramai lagi diluar sana yang sedang melalui saat2 yang sukar seperti mereka ini.tabahlah wahai ibu2 yang hebat.ada ganjaran hebat yang Allah janjikan untuk segala pengorbanan kalian.anak2 itu adalah anak2 syurga.....ciumilah mereka kerana Jannah ada bersama mereka.....


hanya seorang ibu memahami hati seorang ibu....





No comments:

Post a Comment

apa kata anda...