Monday, 1 October 2012

khabar duka...


Assalamualaikum...

selamat pagi semua tetamu ummi.....semoga beroleh rahmat dan keberkatan dalam setiap apa yang kita lakukan....

semenjak 2 menjak ni resah gelisah mewarnai kehidupan kami seisi keluarga.bagi anak2 mungkin tak begitu memahami walaupun mereka mengetahui apa yang terjadi.....dlm entry ummi sebelum ni ummi dah ceritakan apa yang berlaku.baca kat .....sini

seminggu yang lepas bapa mentua ummi semakin teruk.tiba2 dia tak sedar diri.mujur jugak waktu tu kedua mentua ummi ada kat rmh adik ipar ummi di sg.buluh.terus dirujuk ke wad kecemasan.ummi ingat lagi...waktu tu dah pukul 1.15 am....adik ipar ummi sms bgtahu keadaan abah.terus ummi n abah tak boleh tidur dah.abah lagi la...dah tak tentu arah bila diberitahu yang bapa mentua ummmi tu tak sedar diri...

di sini bapa mentua ummi di tempatkan...

2 hari menunggu keputusan ct scan...result yang keluar membuatkan kami semua terduduk...1 saraf keotaknya dah pecah dan ada 1 lagi yang sudah hampir pecah....Ya!Allah....macamana boleh jadi macam tu....setahu kami bapa mentua ummi tu hanya ada darah tinggi n jantung sahaja.tup tup kencing manisnya naik 25.5 dan darah tingginya naik mendadak hingga tidak ada bacaan....AllahuAkbar......

waktu ccm ni rasanya mcm nak pergi marah je doktor2 n pegawai2 kesiahtan yang mengaku pandai kat tanjung malim n slim river tu...bayangkan...kes bapa mentua ummi ni dah kami rujuk sewaktu bulan puasa lagi...bukan sekali dua,tapi rasanya dah berkali2...takkan la seramai2 ilmuan kesihatan yang ada kat situ tu tak boleh buat apa.sekurang2nya bagitahu kami ahli keluarga ni,apa yang perlu kami buat.ataupun kalau dah tak tahu sgt...bagi la surat supaya kami boleh rujuk pada doktor pakar......

sampaikan doktor kat hospital sg.buluh tu pun marah kenapa biarkan bapa mentua ummi tu sampai tak sedar diri.sumpah!kalau kami tahu apa yang perlu kami buat,tak akan kami biar sampai mcm ni sekali....nak marah pun dah tak guna...tapi kalai ikut marah adik beradik abah ni...mau saman je ...

setiap hari hanya abah yang boleh pergi melawat sbb kanak2 tak dibenarkan masuk ke wad icu tu...bukan masuk je...nak naik ketingkat tu pun tak boleh...

semalam...ahad...abah bawak jugak ummi n anak2 ke hospital...ummi sendiri rasa sgt bersalah n terkilan sbb sepanjang bapa mentua ummi sakit,ummi tak dapat lagi pergi melawat...

walau dalam keadaan tak sedar,abah tetap bisikkan sesuatu
di telinga abahnya....

mujur juga farah boleh turun dari nilai sbb nak melawat jugak tokwan dia tu.so ummi bergilir dgn farah n ipar2 yang lain menjaga budak2 kat bawah...AllahuAkbar....tak terkata dah bila tengok tubuh bapa mentua ummi terbaring di katil tu.dgn segala mcm wayar yang berselirat di tubuhnya....Ya!Allah....tabahkan hati kami wahai Tuhan yang memiliki segala keajaiban...dari asalnya seorang yang agak berisi tubuhnya dah bertukar seperti seorang kanak2...dari seorang yang kelakar dan suka mengusik bertukar menjadi kaku dan bisu......airmata tak boleh tahan dah....seboleh mungkin taknak menangis depan mak mentua ummi tu tapi bila dia peluk ummi dan menangis teresak2.ummi sendiri dah tak boleh tahan....MasyaAllah...Subhanallah...AllahuAkbar...tenangkan hati kami Ya!Allah...

Ya!Allah...kami amat mengasihinya.berikan kami
kesempatan untuk terusbermanja dengannya...

** ummi terpaksa ambil gambar ni sorok2.takut security marah sbb security tu 24 jam ada depan katil bapa mentua ummi ni.bukan seronok2 nak ambil gambar...anak2 ummi nak sangat tengok tokwan mereka ni tapi tak boleh masuk.rupa2nya adik beradik abah semua mintak bluetooth dengan ummi sbb anak2 sedara ummi yang lain pun teringin nak tengok.alhamdulillah...ada jugak kebaikan ambil gambar ni....walaupun ambil gambar dari dalam tudung.....











2 comments:

  1. salam kak,
    sabar itu indahkan...
    semoga disembuhkan oleh yang Esa utk mertua akak, dan diberi kekuatan buat insan2 disekelilingnya menghadapi ujian ini..

    ReplyDelete

apa kata anda...