Monday, 27 August 2012
kisah duka hari raya...
Assalamualaikum......
pagi yang sangat nyaman....nyaman?...hohoho....nyaman tapi berpeluh satu badan......
dah seminggu merehatkan diri dari menjadi tarzan di pagi hari....pagi ni dah kembali ke rutin asal.dah seminggu dapat golek2 lepas subuh,malam tadi jam loceng kena ubah setting time.anak nak pergi sekolah tapi ummi yang tak tido lena takut terlajak tido.aduussss......nak mula semula bangun pukul 5 pagi....huhuhuh....memang mencabar betul la.....
sabar ye...sabar...sekolah 4 hari je....hari jumaat ni cuti semula...hehehe....
suasana raya masih ada tapi mood nak beraya ntah ke mana....sebenarnya bapa mentua ummi tengah sakit kat sg.behrang.kesian mak mentua jaga seorang diri.bapa mentua ummi tu tiba2 je jatuh sakit awal ramadhan yang lalu.tapi seminggu sebelum raya makin teruk pulak kata mak mentua ummi tu.balik beraya ke jengka pun tak semangat tapi paksakan jugak hati ni untuk anak2.lagipun kesian kat abah yang teringatkan ayahnya tu.raya ke 3 balik ke sg.behrang.....AllahuAkbar....mata bapa mentua ummi tu dah tak nampak.kata doktor kencing manis dan darah tingginya agak tinggi.semua pergerakan perlu di bantu.nak makan pun perlu bersuap.
sedih tengok keadaan bapa mentua ummi mcm tu sbb sebelum ni dia sihat dan sangat ceria.suka mengusik cucu2nya,bergurau dengan anak menantunya....bila dah jadi macam ni,rumah tu jadi sunyi.ditambah pulak dgn mak mentua ummi yang kerap menangis tengok keadaan suaminya tu......sedih.....
asalnya ummi dan abah rancang nak balik awal sikit ke batang kali.boleh jugak ziarah jiran tetangga.lagipun kejiranan kami ni memang akan buat 'baraan' bila masing2 dah balik dari kampung.tapi perancangan tu terpaksa dibatalkan sebab kesian nak tinggalkan mak mentua ummi tu sendirian menguruskan bapa mentua tu.alhamdulillah....terima kasih kepada jiran2 ummi ni sebab sanggup tunggu kami balik untuk mulakan 'baraan' tu.terima kasih banyak2.....
tahu ke ' baraan ' tu apa?....ada yang tahu...ada yang tak tahu....kisah tentang baraan....selepas ini....
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment
apa kata anda...