Assalamualaikum.....
selamat pagi semua tetamu ummi....moga beroleh kesihatan yang baik hari ini dan hari2 yang berikutnya....
update dari sini ..... malam tadi abah balik agak lewat.sebenarnya dah 2 hari abah tak balik sebab siangnya bekerja seperti biasa dan malam pulak abah ambil giliran jaga tokwan kat hospital.
pagi semalam abah call bagitahu nak balik awal sbb abah mengantuk sangat.tapi tunggu punya tunggu...sampai dah masuk maghrib pun abah tak balik lagi.risau jugak kat hati ummi ni...kalau2 ada berlaku sesuatu...
waktu ummi tengah baca al-quran lepas maghrib tu abah call bagitahu yang abah ada kat hospital tengok tokwan.bila ummi tanya kenapa...?...abah cakap nanti abah balik baru abah cerita.
pukul 9.30 malam abah sampai kat rumah.umi tengok abah tu nak celik mata pun dah tak larat.tapi macam biasa Rania akan bodek abah dia tu ajak jalan2 dulu.dan macam biasa...abah akan kalah dgn Rania.abah ajak ummi pergi minum.ummi ikutkan je...kesian pulak tengok abah tu...
waktu minum tu abah cerita tentang tokwan.kata abah kondisi tokwan dah tak stabil.rupanya tokwan kena penyakit prostat.dah pecah dah pun.sbb penyakit prostat tu jugak darah n kencing manis tokwan naik mendadak walaupun sebelum ni tokwan takde penyakit apa pun.doktor bagitahu kuman dari prostat tu dah merebak keseluruh tubuh tokwan.
dan menambahkan penderitaan tokwan...tokwan ada tumor...dah tahap ke 4 pun.Ya!Allah...mcmana kami semua boleh tak sedar selama ni.....kata doktor kalau penyakit prostat tu...hanya tuan tubuh yang akan rasa sebab itu melibatkan saluran kencing kita sendiri.tapi tumor tu....selama ni tokwan takde kena sakit kepala yang teruk pun.kata opah memang tokwan ada mengadu yang pening2 kepala tapi opah ingatkan sebab darah tinggi.sebabnya tokwan ni perokok tegar.puas dah opah dan anak2 ni pujuk suruh berhenti merokok tapi senyap2 tokwan hisap jugak.
kata abah,doktor bagitahu jangka hayat tokwan hanya 3 hingga 6 bulan sahaja lagi.dah seminggu lebih tokwan tak sedar diri tapi di saat doktor bagitahu berita tu,tokwan dah boleh buka mata walaupun tokwan dah tak nampak apa2.walaupun mcm tu....tokwan dengar apa yang opah dan anak2 bisikkan kat telinganya.tokwan boleh angguk dan gelengkan kepala,boleh genggam tangan opah,dan bila anak2 bagitahu nak balik tokwan akan melelehkan airmata.sebab tu sekarang ni anak2 bergilir berjaga malam kat hospital supaya tokwan tak rasa kena tinggal.
setiap masa akan ada yang duduk kat sebelah tokwan untuk bacakan ayat2 suci al-quran sebb sepanjang hayat,yokwan tak pernah tinggal al-quran.harap2 itu sebagai terapi untuk tokwan terus kuat.
opah nak bawak balik tokwan kerumah tapi doktor kata kalau dicabut alat pernafasan tu,tokwan boleh bertahan 3-4 jam je....jadi kata sepakat anak2...biarlah tokwan di hospital.sekurang2nya ada nurse dan doktor yang menjaga setiap masa.
abah bagitahu ummi,buat masa sekarang ni abah akan jarang ada kat rumah.kalau boleh abah nak berada lebih kerap disamping tokwan.abah mintak maaf sebab banya urusan rumah ummi yang uruskan.
AllahuAkbar....ummi faham sgt2 situasi abah sekarang ni.takde sekelumit pun rasa marah atau merajuk atau apa saja pada abah.biarlah abah bersama tokwan untuk menghabiskan sisa2 hidupnya.dalam hidup kita ni,ayah dan ibu hanya seorang.berbaktilah sebanyak yang boleh kerana bila keduanya dah tiada....kita akan terasa kehilangannya.....
No comments:
Post a Comment
apa kata anda...