selamat tengahari semua....moga Allah memelihara dan merahmati kita walau dimana kita berada.....
pagi tadi ani dan my datuk serta jiran2 dikejutkan dengan berita pemergian seorang jiran kami.sebenarnya tak la terkejut sangat sebab jiran kami ni dah agak lama sakit dan sudah koma hampir 3 hari.sejak dapat berita tu jam 2 pagi tadi,ani dah tak boleh lelap mata.macam2 ada dalam fikiran ni....mungkin sebab diri yang dah menginjak ke usia remaja purba maka hati ni lebih terkesan bila dengar berita2 mcm ni....
janji Allah itu benar... |
AllahuAkbar......rasa kerdil sangat diri ni bila berhadapan dengan perkara macam ni.....rasa malu pada diri sendiri bila terkial2 nak potong kain kapan n menyediakan kelengkapan untuk mandikan jenazah.malu sungguh rasanya pada Allah sebab dalam banyak2 ilmu yang kita ada...ilmu menyempurnakan jenazah tak mampu kita laksanakan......
terharu juga bila saat anak2,suami dan sanak saudara memberi kucupan terakhir.paling terkesan saat anak lelaki arwah yang agak tidak sihat memeluk dan mencium ibunya.agak lama juga dia merenung wajah ibunya yang telah dikapankan .sambil menyapu bedak sejuk yang telah dipakaikan kewajah ibunya terdengar dia berkata...." apa ibu pakai bedak comot ni...."....AllahuAkbar....tak tertahan dah airmata ni melihat episod yang sangat menyedihkan tu.
sebenarnya arwah ni mempunyai 4 orang anak yang semuanya lelaki serta seorang menantu perempuan.namun sepanjang hayatnya anak2 lelakinya lah yang menguruskan diri arwah .serba serbi dilakukan sendiri oleh suami dan anak2 lelakinya kecuali anaknya yang tak berapa sihat tu.pernah jugak yang tak sihat tu mengamuk2 di rumah hingga jadi kes polis.macam2 nak dilakukan pada ibunya sebab ibunya tak mampu nak layan kerenah dia.tapi bukan salah dia pun....dah namanya pun tak sihat kan....dia sendiri tak tahu apa yang dia buat....itu sebabla bila dia peluk dan usap wajah ibunya tadi kami jiran2 sekeliling ni tak tahan airmata melihatnya....sangat jelas dia amat sayangkan ibunya bila dia berada dalam keadaan tenang.....moga Allah merahmati arwah dan ditempatkan bersama orang2 yang beriman....Amin....
moga aman disana... |
*********************************************************************************
balik dari melawat arwah ani tengok rania dah siap mandi dah.....alhamdulillah....pandai kakak uruskan adik....maknanya tak rugi la ummi percayakan ayang ye.....walaupun rumah yang agak bersepah dengan mainan rania...takpe la...yang penting rania tak menangis.hehehe...fitrah siap bagi rania makan n basuh semua pinggan kotor kat sinki....pandai anak ummi....tq ayang....hari ni ummi bagi lebih sikit la duit belanja sekolah ye....upah ayang jaga adik....heheheh....
** moral of story.....walau siapa pun kita...kita tiada beza dengan semua hambaNya...walau setinggi mana pun pangkat kita...kebawah tanah juga tempat terakhir kita...walau semahal mana pun harga pakaian kita....kain putih juga pakaian terakhir kita.....walau sehebat mana pun kita...kita tetap memerlukan orang lain untuk menguruskan jenazah kita...oleh itu,berbaik2 lah kita sesama jiran dan masyarakat kita.
* teringat kata2 ayahanda tercinta.....jiran tu ibarat saudara kita yang terdekat.utamakan jiran dari ahli keluarga sebab kalau apa2 berlaku jiran dulu yang akan membantu kita kerana ahli keluarga bukan tinggal dengan kita...
No comments:
Post a Comment
apa kata anda...