Assalamualaikum.....
sambil2 breakfast sesorang pagi ni sempat jugak jengah ke dapur2maya dalam blog list ummi ni.bukan apa...kononnya nak buat kek untuk imaduddin yang genap umurnya 12 tahun hari ni.mood sudah mari ni.....tapi tak tahu la mood tu nak singgah kat mana.kalau dia tak sampai kat dapur mungkin singgah kat King Bakery depan tu la agaknya...hahahha....
hari ni,28 jun 2012 genap 12 tahun Muhammad Imaduddin Akmal bin Ramli.dah besar anak ummi dan abah ni rupanya.tahun depan dah nak masuk form 1.rasanya ummi dan abah baru je kawin...hehehe...12 tahun yang lalu...hari isnin,4.04 pagi....imaduddin dilahirkan..
gambar lama...umur 10 tahun... |
imaduddin anak sulung ummi dan abah.memang dari awal perkahwinan abah harap sangat ummi cepat2 mengandung.abah kata umurnya dah tua tapi takde anak....hahaha...kawan2 dia yang lain semua anak dah berderet2.....hihihi...bila ummi rasa lain macam kat badan ni ummi cuba guna kit test kehamilan.ummi bagi abah tengok.bila abah baca penerangan kat kit tu abah terus sujud syukur.gembira betul abah bila dia akan dapat anak.
tapi waktu tu gaji abah kecil je.walaupun macam tu abah tetap layan kehendak ummi.sampai ummi takut nak sebut teringin apa2 sebab esoknya ummi mesti dapat.tapi kata orang,anak sulung ni "berat"....entah la....tapi sepanjang ummi mengandungkan imaduddin,3x abah xcident.kesian kat abah.dugaan yang bertimpa2 untuk abah saat abah gembira nak sambut anak sulung lelakinya ni.
agaknya tu sebab kot,imaduddin sensitif sangat bila abahnya marah.kalau ummi yang marah atau rotan,imaduddin boleh kontrol.tapi kalau dengan abahnya....meleleh la airmata tu.
dah boleh jadi kawan abah... |
hari ummi masuk wad untuk melahirkan imaduddin,abah yang hantar sebab waktu tu ummi tinggal kat pahang.tapi hari ummi lahirkan imaduddin,abah tak ada dengan ummi sebab abah tengah keje kat KKB.kebetulan hari tu jugak abah ada meeting kat Bukit Aman.memang tak bolehnak maklumkan pada abah.
bila abah dah balik ofis baru dapat berita yang ummi dah bersalin.maklum la...waktu tu tak mampu lagi nak pakai hp.harapkan telefon ofis je....
malam tu abah sampai kat pahang pukul 10 malam.menitik airmata abah tengok zuriatnya itu tengah lena dalam kelambu.ummi pun jadi sebak tengok abah macam tu.alhamdulillah...Allah memakbulkan doa abah untuk memiliki zuriatnya sendiri...
gambar lama....umur baru 7 tahun.. |
ummi dan abah doakan semoga abang akan menjadi anak yang soleh dan berjaya dalam hidup.walaupun kejayaan dalam pelajaran itu amat penting tapi ummi dan abah tahu setakat mana kemampuan diri abang.cuma sebagai manusia,kita kena berusaha untuk berjaya dan berdoa agar Allah memberi kejayaan kepada kita walaupun kadang2 Allah memberi kejayaan kepada kita dengan cara yang berlainan.....
sebagai ibu dan bapa,ummi dan abah sentiasa ada dan bersedia untuk membantu abang.doa kami tak pernah putus untuk abang.....membesar lah wahai anakku....menjadi hamba Allah yang bertaqwa...menjadi anak yang soleh dan menjadi abang yang terbaik untuk adik2mu....
jadi abang yang baik ye... |
Selamat Hari Jadiiiii imaduddin ;)
ReplyDeletetq mak dara....mak dara anak anak dara tak?...hehheeh...
Deleteselamat hari lahir akmal ...jd sepupu yg baik ye..hehe
ReplyDeletethanks kak long.....
Delete