Tuesday 26 June 2012

KUIH CARA

Assalamualaikum...

mmmm...lama dah tak masuk entry menu ni.hello...bukan tak masak ok...
tapi bila buat kuih je memang tak ingat langsung nak snap gambar.biasa la kalau dengan rania,sambil tangan kanan menguli tepung,tangan kiri dok tepis tangan dia yang sibuk jugak nak tolong.bagi bekas lain taknak...nak yang ummi punya jugak...addoooiii.....rania...rania...

kuih cara ni ani buat semalam.sebenarnya bancuhan tu ani buat dari pagi ahad waktu nak ke uia tu.tapi tak sempat nak buat sebab dah lambat so simpan dulu dalam peti ais.petang isnin baru buat semula.alhamdulillah...takde cacat cela rasa dan kejadiannya....




resepi...?ani tak sukat pun tapi asasnya sama je...


tepung gandum (lebih kurang 2 cawan)
sedikit garam
air
sebiji telur
1 sudu besar mentega

** nak senang masuk semua dalam blender dan putar je.pastikan adunan tu sedang2 je.tak putus bila kita tuang dalam bekas.
*masukkan dalam bekas.ani bahagikan 2 bekas sebab satu warnakan hijau untuk rasa manis
dan satu lagi warna kuning untuk letak inti pedas.
*panaskan acuan atas api kecil dan sapu sedikit minyak.ani tak sapu pun sebab dalam adunan tu dah ada planta.
*untuk cara manis ~ masuk adunan dalam acuan dan masukkan sedikit gula ditengahnya.tutup dengan tudung periukdan tunggu hingga masak lebih kurang 2-3 minit.
*cungkil dengan lidi sate atau hujung pisau dan keluarkan.ulangi sehingga habis

* untuk cara berlauk ~ masuk adunan dalam acuan dan masukkan inti ditengahnya.letakkan sedikit daun sup,sedikit bawang goreng dan sehiris cili hidup diatasnya.tutup dengan tudung periuk dan tunggu hingga masak.
** cara yang sama untuk mengeluarkannya.

untuk inti : ubi kentang - potong dadu kecil2
sebiji bawang besar - cincang dadu
2 ulas bawang putih - cincang halus
2 keping daging burger - ani lenyekkan dan goreng sekejap
dengan minyak sedikit ( kemudian toskan )
2 sudu besar sos tomato
1 sudu besar serbuk kari
3 sudu besar sos lada hitam
1 sudu besar gula
sedikit garam

** masak semuanya seperti buat inti karipap



ini cara ani tapi kalau nak resepi n cara yang lebih teliti boleh rujuk kat blog sifu2 masakan yang lain.insyaallah...mereka semua tu tak kedekut ilmu dan sangat telii pembuatannya.ani ni ikut suka sendiri je....sebab bila tengok mak buat takde sukatan pun....hehehe...








No comments:

Post a Comment

apa kata anda...