Saturday, 30 March 2013

Adam pergi jua...

Assalamualaikum...

pagi yang sangat ceria....namun tak semestinya pagi yang ceria ini menggembirakan hati semua hambaNya.yang pasti ketika ini ada seorang kenalan ummi sedang bersedih kerana pemergian permata hati kesayangannya.

Photo
gambar terakhir yang di update semalam....
mungkin pelukan terakhir dari seorang ibu....
mungkin kali terakhir tidur dalam dakapan ibunya....
Allahu Akbar....ummi dapat berita tu malam tadi dari seorang kenalan juga.kami tidak pernah bersua muka tetapi kemesraan melalui dunia maya telah menjalinkan ukhwah kami.

ADAM FIRDAUS....pergi bertemu pemilik kekalnya setelah sekian lama menanggung derita.tubuh kecil itu kini diambil semula setelah dipinjamkan kepada ibubapanya untuk merasai kasih sayang berkeluarga.

ummi mengikuti kisah arwah adam dari beliau belum sakit lagi.sejak arwah jatuh sakit ummi tak jemu mengikuti perkembangan dirinya melalui status2 yang di tulis oleh ibunya di fb.

ada cerita di sini

Demi Allah...hati kecil ini sering berbisik....mampukah ummi jika berada di tempat ibunya.airmata jatuh lagi.kali ini lebih deras kerana seorang anak kecil yang asalnya aktif dan lincah kini hanya tinggal kenangan.

Ya Allah...berilah kekuatan kepada ibubapanya.berilah ganjaran yang sebaiknya kepada mereka atas kesabaran mereka melalui kepedihan ini.

Selamat jalan Adam Firdaus.....pergilah sayang...kerana tempatmu sangat indah di Sana.tiada lagi kesakitan bersamamu...tiada lagi airmata yang akan bertamu...mintalah dari penciptamu agar ganjaran yang hebat di beri kepada ibubapamu....

AL-FATIHAH.....
al-fatihah....






No comments:

Post a Comment

apa kata anda...