Friday, 28 June 2013

review ~...kena tinggal...








Assalamualaikum....

sambungan dari cerita semalam...bukan!...cerita yang sebelumnya...

kisah ummi nak pengsan sebab ada masa 47 hari je nak buat persiapan hari bahagia farah.mmm...bukan tu je yang buat ummi nak pengsan....4 hari selepas tu...abah terbang ke Mekah untuk menunaikan umrah.2 minggu abah kat sana dan ummi rasa macam nak pitam menyiapkan keperluan abah dan dalam masa yang sama kepala ligat berfikir...mana nak cari khemah...pinggan mangkuk...periuk belanga...sediakan menu...rancang doorgift dan segala macam kepreluan...huhuhu....nak pitam!

bukan salah abah pun tinggalkan ummi sendirian menguruskan persiapan majlis ni.ummi tahu abah pun tak sanggup nak lepas tangan macam tu je tapi seruan Allah lebih dekat di hati abah.dalam serba salah meninggalkan kami sekeluarga,ummi tengok abah sangat bersemangat nak ke Tanah Haram.

alhamdulillah....sempurna keperluan abah untuk kesana.....sebelum abah pergi,kata2 semangat abah tinggalkan kat ummi....huhuhu...touching tau...

sepanjang abah kat sana,ummi tak rasa sendirian pun....abah hubungi ummi hampir setiap hari.kata abah direct call dari sana lagi mahal dari direct call dari London....so ummi n abah ber sms je la....

dan macam abah kat London hari tu....time ummi nyenyak tido la abah sms bertanya tentang anak2.mengantuk macamana sekali pun...kalau cinta hati yang sms...celik je mata ni...hahaha...kan...kan...?...jangan tipu la....

masa tu la ummi bercerita pada abah urusan2 yang ummi dah settlekan.kata abah...setiap masa abah berdoa agar ummi sihat,kuat dan tenang selesaikan urusan2 tersebut....huhuhu...touching lagi...

rupanya dugaan betul bila tak ada suami ni...selalunya apa2 masalah ummi akan rujuk pada abah.kalau ummi tak boleh uruskan,abah pasti akan hulurkan tangan untuk membantu dan mcm tu jugak kalau abah ada masalah...

tapi kali ni ummi kena urus sendiri....macam2 masalah yang timbul.tapi Allah sentiasa membantu sehingga ummi rasa setiap masalah yg datang dapat diselesaikan dengan mudah sekali...alhamdulillah.....

nak tahu apa masalahnya....?...tungguuuu.....














No comments:

Post a Comment

apa kata anda...