Assalaamualaikum....
kembali bersiaran setelah agak lama mendiamkan diri....abah dah berada di tanah suci untuk mengerjakan ibadah umrah.perpisahan yang ummi rasa.....agak lain rasanya.
bukan tak pernah kena tinggal,tapi kali ni rasa pilu.....huhuhu...
abah tak ada dan penyakit lama kembali menyerang.sakit saraf gusi yang membuatkan ummi menderita kerana tak boleh bercakap...tak boleh makan...
sedikit tercabar kerana anak2 hanya boleh mengadu dengan ummi.nak ajarkan homework pun tak boleh bercakap...nak makan sama2 pun tak boleh.....dan dah 2 hari ummi hanya tidur.nasi pun imaduddin yang masakkan.dia jugak yang tolong gorengkan telur.hari ni ummi suruh imaduddin pergi belikan nasi ayam untuk adik2nya.....kesian anak2 ummi.....
lagi 2 hari abah akan balik.tak sabar nak tunggu abah balik...nak mengadu sakit dengan abah...huhuhu....
No comments:
Post a Comment
apa kata anda...