Monday 26 November 2012

semakin terasa kehilangannya.....

Assalamualaikum.....

Alhamdulillah....segala puji bagi Allah yang menguasai segalanya...hari yang baru dan bermulanya minggu yang baru.malam tadi baru sampai dari rmh opah setelah seminggu berkampung di sana.

alhamdulillah.....dapat menyelesaikan kenduri tahlil selama 7 hari untuk arwah tokwan.malam tadi waktu nak tinggalkan opah,ummi tengok abah peluk opah sebab opah menangis nak lepaskan anak2nya ni balik kerumah masing2.

tak ramai pun....yang tinggal cuma abah dan acik ila sekeluarga.yang lain semua dah balik dan bawa haluan masing2......pakndak tinggalkan 2 orang anak daranya untuk temankan opah sepanjang cuti sekolah ni.alhamdulillah....terima kasih pakndak...ummi jugak tinggalkan imaduddin sebagai penguat opah n cucu2 opah yang lain sebab yang tinggal kat rumah tu semuanya perempuan.moga imaduddin dapat jalankan peranannya sebaik mungkin.

sejujurnya ummi sedih tengok keadaan opah.setahu ummi, opah n arwah tokwan dah beri didikan yang terbaik untuk semua anak2nya.namun ibarat kata orang tua2....dalam setandan pisang tetap ada buah yang kurang elok.

sebab itu juga abah terpaksa ambil alih tugas seorang abang dan seboleh mungkin cuba mentadbir keluarga serta mententeramkan opah serta adik beradik yang lain sehabis baik.mujur juga opah mempunyai pakndak,pakjang n acik yang sangat menyayangi opah sepenuh hati.

abah meminta ummi bersabar buat sementara waktu sebab buat masa sekarang abah perlu lebih kerap pulang kekampung untuk menjenguk opah.kata abah ummi perlu bersabar kerana jadual hidup kami akan berubah dan masa untuk membawa ummi n anak2 keluarga beriadah akan semakin kurang.

Demi Allah....ummi tak rasa marah langsung jika itu yang abah pinta.malah ummi bangga sebab suami ummi dapat berfikir dengan matang dan membuat keputusan dengan tidak menyinggung mana2 pihak.memang kewajiban abah untuk mendahulukan dan menjaga opah walau dalam apa keadaan sekalipun.
impian semua anak,,,,

tapi ummi yakin....masa abah masih ada untuk ummi n anak2......sebab selama ummi menjadi isteri abah,belum sekali pun abah mengabaikan keperluan kami.....terima kasih abah....



sudahkan kita baca doa ini hari ini..?








No comments:

Post a Comment

apa kata anda...