Thursday 5 September 2013

Perginya Dia Seorang Sahabat....

Assalamualaikum.....

morning everyone.....

mood masih ke laut....seorang demi seorang pergi....meninggalkan kami insan2 yang menyayangi....

sabtu lepas kawan baik ummi pergi kerana telah di jemput Ilahi pulang ketempat persemadiannya...
sangat sedih dan sangat2 terkilan....

sebabnya waktu tu ummi ada kat kelantan untuk menghadiri majlis di rumah menantu ummi.dapat tahu pun lepas maksu call pukul 9am.kebetulan waktu tu bawak anak2 ummi ni mandi kat Pantai Irama.ye la....majlisnya lepas zohor,boring2 dok kat homestay tu.....bawak la anak2 ronda2 area situ.

lepas maksu call tu,ummi terus cakap kat abah,ummi nak balik cepat.taknak tunggu sampai majlis tu....lambat tu....

so abah ajak ummi pegi rumah famili besan ummi tu sebabnya dok call farah n izhar tu,tak jawab2...tensen betoi!.....

alhamdulillah.....famili izhar sangat2 memahami.....

lepas jamuan makan lebih kurang pukul 12 tghari tu,kami terus balik ke pahang.walaupun tahu jenazahnya dah pun selamat di semadikan.....mood nak berjalan tu dah tak ada....

kalau ikutkan boleh sampai lepas isyak untuk ikut serta majlis tahlil tu tapi....macam2 hal la pulak....

dengan rania yang tiba2 cirit birit n muntah2 sepanjang jalan.....

dengan tiba2 pulak boleh sesat jalan....

berhenti kat tepi jalan toksah dok kata la.....entah berapa kali la kot....

sampai abah kena berhenti kat petronas mana ntah sebab ummi nak tukar baju....

apa tak nye....rania muntah habis atas ummi...basah dari luar sampai ke dalam....huhuhu....kenangan betul la pergi kelantan ni.....hehehe....


Allahyarhamah Suhaila bt Abas.....ko memang kawan yang baik....tiba2 rasa hilang sesuatu dari dalam diri ni bila dapat tahu ko dah pergi.walaupun kita jarang berjumpa tapi setiap apa yang berlaku pada ko saya tahu...tiba2 rindu tu datang....

Sue....moga ko tenang kat sana.insyaallah....Allah berikan ko tempat yang istimewa kat sana sebab ko memang baik orangnya.ko tak pernah marah orang...tak pernah kutuk orang...ko tak pernah sakitkan hati orang...dan sebab tu orang xde sakit hati kat ko....

tapi memang lumrah dunia...yang baik tu cepat je di ambil kembali....Allah dah ambik ko semula dari kami....mungkin sebab kami dah tak sanggup tengok ko sakit dan Allah pun dah taknak ko menderita....

Sue....terima kasih untuk kenangan2 kita dulu.dari sekolah rendah kita kenal sampai la kesekolah menengah kita di sekolah yang sama.bukan tu je....kita sama2 ambik kursus dan sama2 masuk keje....sampaikan kat mana je saya ada,ko mesti ada.dan orang akan tanya pada saya bila ko xde bersama....kita tak boleh berpisah sebab orang akan ingat kita bergaduh kan....

Sue...ko dah tak ada....menangis adalah terapi yang baik bila ingatkan ko....ko akan kekal dalam ingatan dan kenangan sebagai seorang sahabat yang baik.....

terima kasih sahabatku.....alfatihah untukmu.....












Ada 3 hal....



Assalamualaikum.....

kongsi lagi...


Ada 3 Hal dalam hidup yang tidak boleh kembali :

1. Waktu
2. Kata-kata
3. Kesempatan.

Ada 3 Hal yang dapat menghancurkan hidup seseorang :

1. Kemarahan
2. Keangkuhan
3. Dendam.

Ada 3 Hal yang tidak boleh hilang :

1. Harapan
2. Keikhlasan
3. Kejujuran.

Ada 3 Hal yang paling berharga :

1. Kasih Sayang
2. Cinta
3. Kebaikan.

Ada 3 Hal dalam hidup yang tidak pernah pasti :

1. Kekayaan
2. Kejayaan
3. Mimpi.

Ada 3 Hal yang membentuk watak seseorang :

1. Komitmen
2. Ketulusan
3. Kerja keras.

Ada 3 Hal yang membuat kita sukses :

1. Tekad
2. Kemahuan
3. Fokus.

Ada 3 Hal yang tidak pernah kita tahu :

1. Rezeki
2. Umur
3. Jodoh.

TAPI, ada 3 Hal dalam hidup yang PASTI, iaitu :

1. Tua
2. Sakit
3. Kematian.




















Tanda - tanda kematian.....

Assalamualaikum.....

lama dah tak kongsi2 ilmu kan....

mengadap fb di pagi yang sangat sejuk ni...sambil menaip,sambil tangan dok tarik selimut...hehehe....

ilmu yang sangat menarik untuk di kongsi...meh kita baca sama2....



Tanda-tanda Sebelum Kita Meninggal Dunia


100 hari sebelum kematian – Ini adalah tanda pertama dari Allah kepada hambanya dan hanya akan disedari oleh mereka-mereka yang dikehendakinya. Walau bagaimanapun semua orang Islam akan mendapat tanda ini cuma sama ada mereka sedar atau tidak sahaja. Tanda ini akan berlaku lazimnya selepas waktu Asar. Seluruh tubuh iaitu dari hujung rambut sehingga ke hujung kaki akan mengalami getaran atau seakan-akan mengigil.

40 hari sebelum kematian – Tanda ini juga akan berlaku sesudah waktu Asar. Bahagian pusat kita akan berdenyut-denyut. Pada ketika ini daun yang tertulis nama kita akan gugur dari pokok yang letaknya di atas Arasy Allah. Maka malaikat maut akan mengambil daun tersebut dan mula membuat persediaannya ke atas kita antaranya ialah ia akan mula mengikuti kita sepanjang masa. Akan terjadi malaikat maut ini akan memperlihatkan wajahnya sekilas lalu dan jika ini terjadi, mereka yang terpilih akan merasakan seakan-akan bingung seketika.

7 hari sebelum kematian – Adapun tanda ini akan diberikan hanya kepada mereka yang diuji dengan musibah kesakitan di mana orang sakit yang tidak makan secara tiba- tiba ianya berselera untuk makan.

3 hari sebelum kematian – Pada ketika ini akan terasa denyutan di bahagian tengah dahi kita iaitu di antara dahi kanan dan kiri. Jika tanda ini dapat dikesan maka berpuasalah kita selepas itu supaya perut kita tidak mengandungi banyak najis dan ini akan memudahkan urusan orang yang akan memandikan kita nanti. Ketika ini juga mata hitam kita tidak akan bersinar lagi dan bagi orang yang sakit hidungnya akan perlahan-lahan jatuh dan ini dapat dikesan jika kita melihatnya dari bahagian sisi. Telinganya akan layu dimana bahagian hujungnya akan beransur-ansur masuk ke dalam. Telapak kakinya yang terlunjur akan perlahan-lahan jatuh ke depan dan sukar ditegakkan.

1 hari sebelum kematian – Akan berlaku sesudah waktu Asar di mana kita akan merasakan satu denyutan di sebelah belakang iaitu di kawasan ubun-ubun di mana ini menandakan kita tidak akan sempat untuk menemui waktu Asar keesokan harinya.
Hari kematian – Akan berlaku keadaan di mana kita akan merasakan satu keadaan sejuk di bahagian pusat dan ianya akan turun ke pinggang dan seterusnya akan naik ke bahagian halkum. Ketika ini hendaklah kita terus mengucap kalimah syahadah dan berdiam diri dan menantikan kedatangan malaikat maut untuk menjemput kita kembali kepada Allah yang telah menghidupkan kita dan sekarang akan mematikan pula.




                              wallahu'alam.