Monday 26 November 2012

semakin terasa kehilangannya.....

Assalamualaikum.....

Alhamdulillah....segala puji bagi Allah yang menguasai segalanya...hari yang baru dan bermulanya minggu yang baru.malam tadi baru sampai dari rmh opah setelah seminggu berkampung di sana.

alhamdulillah.....dapat menyelesaikan kenduri tahlil selama 7 hari untuk arwah tokwan.malam tadi waktu nak tinggalkan opah,ummi tengok abah peluk opah sebab opah menangis nak lepaskan anak2nya ni balik kerumah masing2.

tak ramai pun....yang tinggal cuma abah dan acik ila sekeluarga.yang lain semua dah balik dan bawa haluan masing2......pakndak tinggalkan 2 orang anak daranya untuk temankan opah sepanjang cuti sekolah ni.alhamdulillah....terima kasih pakndak...ummi jugak tinggalkan imaduddin sebagai penguat opah n cucu2 opah yang lain sebab yang tinggal kat rumah tu semuanya perempuan.moga imaduddin dapat jalankan peranannya sebaik mungkin.

sejujurnya ummi sedih tengok keadaan opah.setahu ummi, opah n arwah tokwan dah beri didikan yang terbaik untuk semua anak2nya.namun ibarat kata orang tua2....dalam setandan pisang tetap ada buah yang kurang elok.

sebab itu juga abah terpaksa ambil alih tugas seorang abang dan seboleh mungkin cuba mentadbir keluarga serta mententeramkan opah serta adik beradik yang lain sehabis baik.mujur juga opah mempunyai pakndak,pakjang n acik yang sangat menyayangi opah sepenuh hati.

abah meminta ummi bersabar buat sementara waktu sebab buat masa sekarang abah perlu lebih kerap pulang kekampung untuk menjenguk opah.kata abah ummi perlu bersabar kerana jadual hidup kami akan berubah dan masa untuk membawa ummi n anak2 keluarga beriadah akan semakin kurang.

Demi Allah....ummi tak rasa marah langsung jika itu yang abah pinta.malah ummi bangga sebab suami ummi dapat berfikir dengan matang dan membuat keputusan dengan tidak menyinggung mana2 pihak.memang kewajiban abah untuk mendahulukan dan menjaga opah walau dalam apa keadaan sekalipun.
impian semua anak,,,,

tapi ummi yakin....masa abah masih ada untuk ummi n anak2......sebab selama ummi menjadi isteri abah,belum sekali pun abah mengabaikan keperluan kami.....terima kasih abah....



sudahkan kita baca doa ini hari ini..?








Saturday 24 November 2012

Dia telah pergi.......

Assalamualaikum.....

selamat pagi semua tetamu ummi.moga kita diberikan kesihatan dan Allah merahmati setiap langkah yang kita aturkan.....

AllahuAkbar...jam 5.10 pagi....di saat semua orang di ulit mimpi,ummi n abah dikejutkan dengan panggilan dari pakngah memaklumkan berita yang sangat2 menghiris hati itu.abah yang baru je tido selepas solat tahajjut dan hajat malam tu sedar tak sedar menerima berita tu.setelah ummi bagitahu abah yang berita tu bukan hanya dalam mimpi abah,abah termenung.ummi tahu abah sangat terkilan sebab abah dah siap masuk baju dalam beg sebab abah dah bagitahu ummi yang pagi tu abah nak masuk ofis kejap dan terus pergi tengok tokwan kat hospital.kata abah,abah rindu sangat kat tokwan.......

rupanya perancangan Allah lebih hebat.tokwan pergi dengan sekelip mata tanpa apa2 tanda.kesian acik ( adik abah ) dan pak ndak (adik abah)......merekalah yang bersengkang mata dan banyak berkorban selama tokwan sakit.namun Allah tetap tak izinkan tokwan pergi dihadapan mereka......

19 november 2012.....tokwan telah pergi bertemu penciptaNya dengan sangat tenang.kalau ummi seorang menantu pun agak terasa dengan kehilangannya apatah lagi 5 orang anaknya serta opah yang tak pernah langsung berpisah tempat tidur dengannya.

" abang rasa kosong....." itu ayat abah bila ummi berikan segelas air pada abah selepas abah balik dari kebumikan arwah tok wan.....

Semoga tokwan tenang di sana.....Al-Fatihah.....

hadiah untuk tokwan....







Wednesday 14 November 2012

bermula satu perjalanan...

Assalamualaikum......

bila ada masa dan hati juga berbunga2>>>ewah....laju je nak post entry yang mencuit hati dan memberi kenangan yang tersendiri.

farah...dah ranum rupanya anak dara ummi yang sorang ni.walau bukan lahir dari rahim ummi tapi kasih sayang dengan adik2 yang lain tiada bezanya...ummi jaga farah dari farah tak tahu apa2 sampai la sekarang....ummi dah boleh berbangga jika farah di letakkan bersama anak2 gadis orang lain.

farah n fitrah....

alhamdulillah....ummi tengok abah dah bagi green light bila farah temukan ummi dan abah dengan pilihan hatinya.ummi tak ada halangan sebab ummi tengok pilihan farah pun sudah yakin dengan keputusannya yang berani berhadapan dengan abah dan menyuarakan isi hatinya.

mr.right...

dan semalam hari yang bersejarah dalam hidup farah telah bermula.keluarga si dia telah datang kerumah kami dan sangat tertib menyuarakan hasrat mereka ingin berkongsi kasih sayang dengan ummi dan abah dan mentadbir serta menjaga farah seikhlas hati mereka.walaupun ini kali pertama kami dipertemukan oleh si dia tu tapi kami boleh berkomunikasi dengan baik dan sangat mudah menyelesaikan segala urusan.

pertama kali bertemu...

abah....siap pegang kalender nak cari tarikh
yang sesuai.dah macam baca syarat2 nya pulak....hehehe..

apa yang mampu ummi sediakan....
dgn bantuan assistant2 ummi...

disaksikan oleh wakil keluarga kedua belah pihak selesai sudah majlis merisik yang sangat harmoni.

ummi jadi saksi ok...hehehe...

farah kekok jadi tontonan...

mulanya ummi ingat simple je tapi bila mereka sangat tertib dalam berbicara ummi rasa dah macam majlis bertunang pulak.mujur jugak ummi jemput 2 orang jiran terdekat dan pakngah( abang abah ) serta maksu ( adik ipar ummi ) datang kerumah.mujur jugak anak angkat ummi>>patmah ada kat rumah....ringan sikit tugas ummi...kesian maksu sebab jauh betul perjalanannya nak kesini.>>> ummi punya pembantu pengurusan majlis tu....hehehe...

kalau takde mereka semua tu rasanya pitam ummi n abah sebab inilah pengalaman pertama kami.serba tak kena rasanya....hahaha....

apa pun ummi rasa gembira sebab farah dah bertemu mr. right nya.bagi ummi n abah....bermula lah musim pening kepala kami sebab mencari idea dan memikirkan segala macam perkara untuk merialisasikan impian farah tu....








ada2 je...

Assalamualaikum....

alhamdulillah....mengharungi hujung minggu yang amat menggembirakan...

sabtu lepas ummi balik jengka.sebenarnya sekadar memenuhi jemputan x student abah yang naik pelamin kat area jengka jugak.disebabkan sangat2 dekat dgn rumah tok n wan...apa lagi...itu la tempat utama yang di tuju dulu.

apa yang paling menggembirakan?dah tentu dapat menatap wajah ayahanda bonda dan seluruh ahli keluarga.tak terkecuali anak2 sedara ummi yang sangat2 awesome!....hehehe....

takyah cite panjang la....meh tengok gambar....

yaya dah ada driver...hahaha...


tak pernah jumpa benda alah tu.yaya paksa abang naim
ronda rumah tok....

menjadi betul rambutan tok n wan ni..




** banyak lagi gambar lain tapi semua tertungging kepala.malas pulak nak edit2.ni je la yang ada....





Tuesday 13 November 2012

Happy Birthday Naim....

Assalamualaikum.....

selamat malam semua tetamu ummi....

wah...sudah bersawang oooo...sorry ye...tuan tanah agak sibuk kebelakangan ni.>>>sibuk la sangat...

sebenarnya abah berkursus 2 minggu dan diangkutnya sekali lappy kesayangan ummi tu .yang abah tinggalkan ... laptop abah yang hidup segan mati pun tak mahu tu n komputer yang ummi guna sekarang ni.nak guna komputer ni kena lewat2 malam or awal2 pagi sbb anak2 ummi tu bila celik je mata memasing dah ambik nombor nak guna komputer ni....mmmm....sabo je la...

khamis lepas (8 nov 2012 ) birthday naim yang ke 11.dah besar rupanya anak ummi yang sorang ni walaupun ummi tengok tak besar2 pun...hahahaa.....alhamdulillah...hari yang sama juga abah habis kursus.seharian dari pagi naim asyik tanya bila abah nak balik.ummi buat2 tak paham je walaupun ummi tahu naim nak bagitahu yang hari tu hari jadi naim.

sebenarnya awal2 lagi ummi dah inform pada abah n abah dah beli pun kek untuk naim >>>ni kes angin kemalasan ummi sedang melanda...hehehe...

alhamdulillah...kebetulan pulak...abah habis kursus pada hari jadi naim.fitrah n imaduddin dah jenuh bisik kat telinga ummi>>>nak ingatkan ummi tentang hari jadi naim la tu.ummi buat tak paham je...kesian naim....sampai merajuk tunggu abah siap solat isyak.jangan bimbang naim...abah dah siap beli kek dah pun...hehehe...

happy birthday naim....
muka angry bird tu mcm muka naim waktu
merajuk dengan abah dan ummi.....hehehe...

hujan tengah menggiler.mujur duduk bawah bumbung....

birthday boy.handsome tak?.....

yaya nak tumpang potong kek la.....

puas hati naim dapat makan kek birthday.....
kesian naim kena dera dgn abah...hahaha...

untuk pujuk naim abah ajak dinner kat luar.wah!...berganda kegembiraan naim.kami semua tumpang rezeki naim je....hahaha....